Dikuasakan oleh Blogger.

:'(

Ahad, 12 Disember 2010


hohoho....selama ni aku merasakna diri ini seperti berada di awangan.kadang2 diri ini berjalan tanpa haluan..setiap langkahku..akan ada sumbangnya..bila aku dah jumpa identiti diri ini...ianya seperti lari dari pegangan...aku suka muzik tapi muzik yang aku suke semuanya orang kata''zahier!! muzik x baguslah,x elok,x manis...wasting time ok''..aku pon tundukan diri dan kadang2 aku dengar..tapi semakin lama aku tahan semakin sakit rsenyer...

Bila aku dapat kawan..mereka selalu salahkan aku sebab ''Zahier nta ni mmg x pandai pilih kawan eh...kita patut ubah dier bukan ikut dier''.aku pon tunduk akur akan kata2nya..aku takut kalau aku x ikut aku berdosa..tapi semakin lama jauh dari kawan ku..aku sakit..aku keseoragan..mana orang2 yg kata perkataan ni.?

Bila aku ade personaliti..mereka rendahkan aku..apa salah aku..aku hanya discover diri ini..dan bile aku dah dapat mereka akan kata ''zahier ni salah..nta sepatutnyer perlu ini dan ini..nta tak boleh lah cakap mcm ni..rapat cm ni...alalal~~ tapi apa yg dikatakan akan ada perbalahan'' aku diam aku tunduk aku ikut..kenapa ni?

Bila aku rase aku suke sesuatu aku akan sentiase dihalangan..adakah cahaya untuk diriku hilang dibawa kelam? aku benci kau ! pergi!...kenapa aku ambek kau? aku menyesal! aku hilang diri aku.......

Aku salah ke?aku teruk? tapi selama aku bersama aku saket x gembira.hati ku memberontak..please...aku harap..stop..aku nak lepaskan kau...sorry...aku budak teruk..sku x salahkan sesiapa...tapi salahkan diri aku....atau aku perlu pegan...biar aku saket.!! biar kan..kat dunia mana ada orang sayang aku kan....k.bye.zahier sekarang...buang senyum kau ok..
:'(

Read more...

BERINGATLAH!!!!

Selasa, 30 November 2010

Hari berganti hari.Keadaanku semakin tenat...

Tubuhku sejuk terkaku seperti mayat di atas katil di salah sebuah hospital yang aku sendiri tidak tahu.yang aku ingat aku sedang memandu kereta ayah,lalu bertembung dengan sebuah lori.Dan darahku membasahi jalan..



Tapi selepas itu aku tidak ingat apa-apa.Pandanganku kabur.Tidak dapat ku pastikan siapa orang-orang yang berada di sekelilingku.Aku terasa dada ku teramat berat sesak menghimpit dan bahagian pinggangku sudah tidak berasa apa-apa lagi.

Tiba-tiba tanganku di pegang kuat.

"Mengucap sayang,,mengucap........Asyhaduallailahaillallah.. ......." ucapan itu dibisikkan ke telingaku di sertai dengan tangisan.

Itu suara ibu.manusia yang pernah mendodoikan daku semasa kecil,manusia yang pernah menyuapkan nasi ke dalam mulutku,manusia yang pernah memberi susunya serta yang pernah merotanku kerana degil.

"Bagaimana dengan keadaannya doktor?" Aku amati suara itu.Pasti itu suara abang.

"Tenat",jawab doktor dengan ringkas.

"Itu kata doktor bang,jangan berserah kepada takdir sahaja.Kita perlu usaha".

Sudah seminggu aku terlantar di wad ini,kenapa baru sekarang abang menjengah? datang lah ke sini,aku ingin berbicara denganmu. datanglah.....



Abang!! Bukakan mataku!!

Tapi mataku.......semakin gelap.Adakah aku sudah buta? Tidak!!!!Aku tidak mahu buta.Aku masih ingin melihat dunia ini. "Sabarlah dik,banyak-banyak ingatkan Allah."Abangkah yang bersuara tu? Apa yang aku tanggung ini tidak semudah yang kau lafazkan,abang.Tolonglah adikmu ini.Tolong bukakan mataku.

"Tekanan darahnya amat rendah". sayup sayup kedengaran suara doktor.

Kedengaran juga ibu menangis teresak-esak.Ibu,kau hanya mampu menangis saja.dan bila tiba saatnya,kita akan berpisah.Tapi,ibu.....aku tidak mahu berpisah denganmu.Tolonglah ibu,selamatkan lah daku.
...

"Yassin.......".

Bacaan yassin terngiyang-ngiyang di telingaku.Aku tahu itu suara abang.Tetapi kenapa aku di perdengarkan dengan suara itu???

Apakah aku sudah menghampiri maut???????Aku takut!!!!!!!

Sedetik lagi sakaratul maut akan menjemputku! Sedetik lagi izrail datang. Sedetik lagi malaikat maut datang.

Aku di ambang sakaratul maut...... Aku semakin tegang dan semakin sendat nafas di dada.Ketika itu,aku tidak ingat apa-apa lagi.Aku tidak kenal sesiapa di sekelilingku.Tapi yang pastinya sekarang, aku berdepan dengan sakaratul maut.





"Tolong ibu,tolonglah aku, aku takut".Tapi rintihan ku tidak di pedulikan.Apa mereka semua sudah pekak? Aku di lambung resah,gelisah dan penuh kesah.

"Panas,dahaga,haus,panas........".tapi tiada siapa pun yang peduli.Nenekku datang,"Nenek............".

"Kau dahaga cu,kau lapar cu,mahu air??Ini gelas penuh air madu,kalau cucu mahu masuk syurga,minum air ini".

"Ibu......". Ibuku datang, Ibu menggoyangkan buah susunya.

" Ini ibumu.Air susu ini membesarkanmu, nak.Buangkan islam, matilah dalam agama yahudi.....".





''Ayah.......kau datang ayah......."."Matilah dalam agama yahudi anakku.matilah dalam agama nasrani Itulah agama yang membantu kau masuk ke syurga".

"Nenek....ibu.....ayah.......suara kau kah tadi??Kenapa kau berubahlaku??Atau suara syaitan yang ingin memurtadkan aku??

"Mengucap sayang,mengucap.Asyhaduallailahaillallah.......". Ucapan itu diajukan sekali lagi ke telingaku.Itu suara ibu.Tapi lidahku sudah menjadi kelu.

Manusia-manusia berjubah hitam datang."Mari ikut kami". manusia-manusia berjubah hijau datang membawa bersamanya payung hijau,katanya"Mari ikut kami".cahaya putih datang.datang hitam. Datang sinaran kuning.Cahaya merah datang ."Apa ini,apa ini?.

AKULAH SAKARATUL MAUT!!!

Jeritan yang paling menakutkan pernah aku dengar!! Allahhhhhhhhhhhhh, sakitnyaaaaa!!!

Tubuhku seakan ditarik dan gegendang telingaku pecah mengeluarkan nanah kuning pekat.

Kedinginan menjalar,merayap perlahan-lahan dari hujung kaki ke hujung rambut dan kini seluruh jasadku di selimuti sejuk.dan kemudian datanglah malaikat maut di hujung kepalaku.

"Hai jiwa yang keji,keluarlah dari kemurkaan Allah.......".Aku tersentak.Roh ku berselerak di dalam tubuhku.

Lalu,innalillahi wainnailaihi rajiuun....

Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup mata memandang dan menghemburlah bangkai yang sebusuk-busuknya.





Tiba-tiba bau busuk menusuk ke hidungku,seperti bau sampah yang amat busuk. "Apa yang busuk ni?Tak adakah orang yang mengangkat sampah ni?Ah,busuknya,hanyirnya,hancingnya......".

"Assalamualaikum......". "Siapa yang memberi salam itu?". "Aku". "Kau siapa wahai pemuda???". Seorang lelaki tercegat di hadapan katilku.

Aku tidak pernah melihat orang yang sehodoh,sekotor,dan sebusuknya di dunia ini.rambutnya yang tidak terurus,baju yang di pakai berlumut hijau,kuning,coklat dan entah apa-apa warna lagi,dari lubang hidung,telinganya dan mulutnya terdapat nanah dan darah pekat keluar.Tanpa di pedulikannya......jijik,loya,aku rasa........teramat loya melihatnya.





"Kau tak kenal aku?". "Tidak,jawabku tegas.Mana mungkin aku kenal kau sehodoh dan sejijik ini". "Aku sahabatmu,kau yang membuat aku hari-hari". "Bohong!".Aku menjerit sekuat hati.Biar semua penghuni wad ini mendengarnya. "Aku tak kenal engkau!Lebih baik kau pergi dari sini". "Akulah amalanmu yang keji..........".

Aku terdiam.Aku tidak mampu berkata apa-apa teringat kini,semuanya telah pernah ku dengar dan ku pelajari dulu.Segala dosa dan keburukan yang kita lakukan di dunia,akan di jelmakan dalam sebagai suatu makhluk yang teramat hodoh di hadapan kita di alam barzakh nanti. Oh!Tuhan,aku banyak dosa.Aku memang lalai,cuai dan lupa dengan segala nikmat yang telah kau kurniakan.Solatku kerana kawan,dan bukannya ikhlas kerana Allah.Pergaulanku bebas,tak kenal muhrim ataupun tidak.tapi itu semua telah berlalu dan dan sudah terlambat untuk bertaubat..Apa yang aku harus lakukan!!!!! Surah yassin yang abang pegang di letakkan di atas dahiku.Aku melihat kaklong dan kak ngah menangis.Aku juga lihat mata abah bengkak. Tiba-tiba badanku di sirami air.Air apa ini?????

"Tolong....sejuk!!!!Kenapa air ini berbau air kapur barus.Tolong jangan tekan perutku dengan kuat,sakit!!!!Kenapa ramai orang melihat aku???Aku malu......malu.....malu......!!!!!!".





Aku di usung ke suatu ruang.Aku lihat kain putih dibentangkan.Lalu diletakkannya aku di atas kain putih itu.kapas di bubuh di celah-celah badanku.Lalu aku di bungkus satu demi satu dengan kain itu. "Nanti,tunggu!!jangan bungkus aku.Kenapa kalian semua buat aku macam ini?Tolong rimas....panas........".

Kemudian aku di letakkan di suatu sudut.Beberapa orang termasuk tok imam menyembahyangkanku.Kelihatan ayah dan abang berada di saf yang pertama.Tapi kenapa aku di sembahyangkan?

Bukan kah aku boleh sembahyang sendiri? Aku teringat kata-kata ustazku dahulu. "Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan". Dan kini baru aku sedar aku sudah tidak mampu lagi untuk mengangkat takbir,ruku',sujud dan tahiyyat. Aku di angkat perlahan-lahan kemudian di letakkan di dalam kotak kayu.





Kotak apa ini?"Aku di usung oleh enam orang termasuk ayah dan abang.Aku diusung setapak demi setapak". "Al-Fatihah!"Kedengaran suara tok imam.Kelihatan ibu,kak long,kak ngah dan lain-lain mengekori di belakang.tapi kemana dia bawanya aku?". Nun jauh di sana ,kelihatan tanah perkuburan kampungku. "Ke situkah aku dibawanya?Tolong turunkan aku,aku takut!!!!!!". Setibanya di tanah perkuburan,kelihatan satu liang yang bersaiz dengan jasadku.Beberapa tangan memegangku,dan aku di turunkan ke dalam liang itu. "Perlahan-lahan",aku terdengar suara tok imam memberitahu."Tolong keluarkan aku dari sini!Aku seram!!!".Kini aku berada di dalam liang kedalam enam kaki.Sedikit demi sedikit pasir dan tanah menutupiku.





"Tanah apa ini?". "Aduh sakitnya badanku di timbusi tanah".

"Innalillahiwa innailaihi rajiuuun.......Dari Allah kita datang,dan kepada Allah jualah kita kembali". Kedengaran bacaan talkin dari tok imam."Sesungguhnya mati itu benar alam barzakh itu benar,siratul mustaqim itu benar,syurga dan neraka itu jua benar........".Sayup sayap aku terdengar tok imam terus membaca talkin,tetapi makin lama makin hilang.Pandanganku makin ,makin kabur dan terus tidak kelihatan.Tubuhku terasa telah di timbusi sedikit demi sedikit pasir dan tanah yang di lemparkan ke atasku.Terasa semakin gelap dan ......aku kini keseorangan.






"Nanti!Nanti!Tolong!Tolong ayah,ibu!Jangan tinggalkan aku seorang.Aku takut!!!Gelap!!!Panas!!!Tolong!!!!

Read more...

Rabu, 29 September 2010



Inilah fesyen bertudung zaman sekarang yang anda banggakan/orang sekeliling anda banggakan!!!Moga selepas anda membacanya,bakal mengukuhkan jiwa anda supaya bertudung seperti Al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w perkatakan BUKANNYA semata-mata berfokuskan kepada fesyen dan ingin menunjukkan bentuk tubuh anda kepada KHALAYAK RAMAI...Kepada sesiapa yang masih ingkar perintah ALLAH S.W.T mengenakan,mulakanlah langkah pertama anda KERANA sesungguhnya manusia pada hari ini lebih teruk berbanding apa yang berlaku pada zaman Jahiliyah dahulu...

(contoh ringkas:wanita di zaman Jahiliyah dulu,perempuan sudah tiada maruah dan menayangkan bentuk badan kepada semua LELAKI SEMATA-MATA INGIN MENARIK PERHATIAN....Benarkan,zaman Jahiliyah kembali mengungkap sejarah pada zaman KITA KETIKA INI???zaman Jahiliyah dulu anak perempuan akan ditanam hidup-hidup,TETAPI KINI tak kisah anak perempuan atau anak lelaki dibuang bertempiaran......)

Isu yang saya hendak fokuskan bukannya kepada wanita yang tidak menutup auratnya(tidak memakai tudung) kerana isu tersebut kita sudah pun tahu apakah hukuman di akhirat kelak kepada manusia yang tidak menutup aurat apatah lagi sengaja mendedahkan aurat TETAPI isu yang saya hendak kaitkan disini ialah ISU PEMAKAIAN Tudung Rahib Kristian=Tudung Di Akhir Zaman=Tudung Wanita Moden.

Sejarah pemakaian tudung ini sebenarnya bermula berkurun lamanya. Pada zaman Judeo-Kristian membuktikan pemakaian tudung yang biasanya dipakai oleh rahib wanita mereka.Cuba anda perhatikan pemakaian rahib wanita? Mereka memakai tudung tetapi tidak menutup dada, tetapi tudungnya labuh ke belakang. Oleh itu apabila kedatangan Islam,setiap wanita diperintahkan Allah S.W.T untuk melabuhkan tudung kepala mereka menutupi bahagian dada. Melalui cara ini ia dapat dibezakan antara rahib wanita dan juga Wanita Islam yang terlalu istimewa pemakaian tudung. Menurut hadis yang diriwayatkan Bukhari, Aisyah radiallahuanha menceritakan kisah ketika Surah An Nur ayat 31 diturunkan di Madinah wanita mukmin Ansar dan Muhajirin terus melaksanakan perintah ini serta-merta tanpa banyak soal dengan mencari apa sahaja kain di sekeliling mereka lalu bertudung dengannya sebagai membenarkan dan membuktikan iman kepada apa yang Allah perintahkan. Tanpa mempertikai apa-apa.

Hadis nabi :"barangsiapa yang meniru sesuatu kaum, maka ia termasuk dari kalangan mereka" – riwayat Abu Daud.

RAMAI MASIH BELUM MENGETAHUINYA, JADI SAMPAIKANLAH KEPADA MEREKA...

Agenda Kafir Laknatullah untuk menyesatkan wanita Islam..

Adakah ini suatu kebetulan?Ini sememangnya agenda Kristian yang amat KURANG AJAR untuk menjahanamkan umat Islam..

Mungkin ramai di antara kita yang tidak mengetahuinya...sebar-sebarkanlah..

selamatkan wanita Islam..Allah..Allah..Allah,Lindungilah kami..

Wahai wanita, janganlah kamu memakai tudung yang dibutang/di pin di belakang sehingga menampakkan bentuk leher di hadapan..gayanya tak ubah seperti birawati Kristian Laknatullah... Jauhilah dari memakai sebegini...agenda kafir laknatullah itu sangat halus sehingga kita tidak sedar, ketahuilah wahai manusia sekalian...

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka meghentak kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” (An-Nur:31).

Jom kita perhatikan beberapa kesalahan pemakai tudung hari ini... Suruhan ALLAH vs Ikutan Fesyen

Menampakkan bentuk leher dan sanggul yang tinggi seperti bonggol unta
Tudung dipakai semata-mata kerana mengikut peredaran zaman atau fesyen.Bukan kerana ingin menutup aurat
Tudung terlalu singkat dan tidak menutup dada sehingga menampakkan bentuk badan
Tudung singkat dan menampakkan susuk tubuh..inilah fesyen tudung yang selalu dipakai hari ini..tudung sekadar menutup kepala dan rambut..tapi bentuk tubuh yg lainnya masih jelas kelihatan..

p/s:Pada awalnya terasa berat hati hendak menceritakan hal ini memandangkan masyarakat wanita di persekitaran kita sudah pun mengamalkan cara berpakaian tudung rahib kristian.Boleh dikatakan,ramai perempuan yang memakai seperti gambar di atas.Tetapi jika tidak bongkarkan rahsia ini,kita pula akan ditanya di akhirat nanti,adakah kita sudah menjalankan tanggungjawab kita iaitu SALING INGAT-MENGINGATI???

Namun setelah berfikir panjang,terasa memang patut kita dedahkan maklumat ini secara terbuka.

Firman Allah s.w.t,“Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu yang dekat.” (Surah asy-Syu‘ara’: 214)

Sebagai saudara sesama Islam dan prihatin kepada sahabat-sahabat dan kaum hawa(takut anda bakal menerima azab yang pedih kelak), saya terdetik di hati untuk menyebarkan isu ini yang semakin hari semakin dipandang ringan dalam masyarakat hari ini.Kita sudah dikelirukan antara fesyen dan suruhan Allah s.w.t.

Anda perlu ingat,selepas anda membaca semua ini,terpulanglah kepada anda kerana anda sudah dikurniakan akal dan boleh berfikir.Saya tidak boleh memaksa anda apatah lagi menolong anda pada hari perhitungan kelak.Ingatlah,Allah s.w.t menciptakan manusia,maka sudah tentu Allah s.w.t tahu mana yang baik untuk manusia dan mana yang buruk untuk manusia.

Anda juga harus ingat serta pandang pada sudut positif,isu pemakaian tudung ini bukan saya yang suruh,TETAPI ALLAH s.w.t yang suruh..Kehadiran saya tidak lain tidak bukan hanyalah penyampai peringatan,SALAM PERINGATAN…..

Tahukah anda?setiap molekul makanan CIPTAAN barat mengandungi sistem Dajjal?Sudahkah anda lupa apa yang saya katakan dulu melalui alam maya ini mengenai sistem dajjal yang semakin hari semakin hampir mencapai tahap KESEMPURNAANNYA?

jika anda tidak tahu,masih belum terlewat untuk anda mengetahui maklumat ini.

Rajin-rajinlah MENYELONGKAR "Older post" saya yang suatu ketika dulu telah saya tuliskan dari awal...

jangan sekadar MENYELONGKAR statement yang dituliskan sahaja,TETAPI teruskan usaha anda MENYELONGKAR segala COMMENT yang tersembunyi di bawah STATEMENT tersebut...

Sudahkah anda merantau apa yang saya post sejak dari awal saya menjejakkan jari menaip di alam maya ini???Saya juga manusia lemah macam saudara-saudari sekalian juga,boleh jadi saya lebih teruk dari saudara-saudara sekalian....Tidak mustahil Allah s.w.t sengaja mengilhamkan kepada naluri saya untuk mengirimkan nasihat-nasihat dan peringatan-peringatan kepada manusia melalui kemudahan teknologi,dengan harapan ada manusia dapat memahami dan segera membuat pembetulan...

Read more...

Cerita....

Ahad, 12 September 2010


bila dia pergi..
aku teringat kan dier
itulah manusia
waktu ada tak bersyukur
waktu tak ada baru mencari.

Aku tahu aku salah
waktu dia ada
hidup ini seperti lancar
ibarat air jatuh ke lantai
sedap si kain menyerap..

Namun..
sepanjang bersamaa dengan mu..
mungkin aku ada salah
kau ada tuntutan?
atau kau terasa hati?

Jujur itu
yg aku tuntut
aku ingin bercerita lagi dengan mu
tapi aku rasa
nanti aku salah
nanti kita akan jadi magnet yAng kedua-duanya sama kutub
takut kita rasa tak serasi

Tolong..
kau buat aku keruan
berfikir
dalam sudut hati ku
aku ingin meluahkan padamu semua masalahku..

Tapi..
Yanh Maha Bijaksana
dah kurniakan perasaan
berjaga-jaga...

Sebelum aku dan kau lain tali hubunganya
lebih baik aku
jaga yang sedia ada..

Aku masih ingin mengubah kita

Read more...

kini.....

Jumaat, 10 September 2010

Iklan-iklan Aidilfitri yang dipaparkan oleh sebuah saluran televisyen terkemuka Malaysia, TV3 setiap kali mendapat sambutan hangat dan komen yng memberangsangkan oleh para penonton dari segi kualiti dan mesej yang disampaikan selain daripada iklan yang dikeluarkan oleh Petronas.

Hinggakan ada yang tertunggu-tunggu di kaca televisyen setiap kali musim perayaan hampir tiba semata-mata untuk menunggu iklan-iklan ini disiarkan. Namun Iklan Aidilfitri 2010 tampil dengan membawakan 1001 kelainan. Apakah yang lainnya?

Baca lagi untuk huraian yang panjang lebar.

Scene 1 – Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingk…ap yang terbuka.

1.Budak Lelaki Melayu – Orang Melayu

2.Buku – Bible

3.Pondok Buruk Beratap Rumbia – Kemiskinan

4.Malam Yang Gelap – Islam yang mundur

5.Mentol Lampu – Pencerahan (Illumination) – Lucifer@Iblis6.Sangkar Burung – Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM7.Tingkap Terbuka – Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran.

Scene 2 – Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai muka surat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).

1.Mukasurat Bergambar – Bible (Christianity)

2.Mukasurat Jawi terbalik – Al-Quran yang dihinakan

3.Beca Merah – Samaran untuk kenderaan Santa Claus

4.North Star – Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)

Pokok Krismas – Simbol Paganism

Scene 3 – Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.

1.Bintang-bintang kecil beraura – Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.

2.Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih – POPE – Ketua Agama Kristian

3.Pelawaan Menaiki Beca – Pelawaan Masuk Kristian

Scene 4 – Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)

1.Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu – Bangsa Melayu.

Scene 5 – Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah.

1.Pulau Pinang – Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light)

2.Teluk Intan, Hilir P…erak (Anson) – Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.

3.Kuala Lumpur – Malaysian Illuminati punya capital.

Scene 6 – Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca.

1.Pasangan Melayu Extra – Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan

Scene 7 – Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu Kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya.

1. Kondo – Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dsbnya.

Cuba perhatikan, mengapa perlu ada awan yang ‘menyalib’ setiap menara masjid ini? Kebetulan jugakah ini? Atau memang di setiap menara-menara mana-mana masjid terdapat awan seperti ini?

Apa sebab perlu dipaparkan teratai dalam iklan Aidilfitri sedangkan banyak lagi bunga yang boleh disiarkan. Teratai ini mempunyai bahan yang menyala (pelita) di tengahnya seolah-olah teratai Buddha ketika melakukan upacara keagamaan mereka.

Rasanya semua sudah makruf tentang bintang 6 bucu yang terpapar bukan? Masya Allah.. Anda punya akal, nilailah kesemua ini dengan akal bijak anda..

Mungkinkah semua ini adalah kebetulan? Banyakkan membaca tentang agenda kafir laknatullah terhadap umat Islam memandangkan iklan ini berkaitan dengan perayaan umat Islam. Ingatlah, Allah berfirman dalam al-Quran: “Tidak akan pernah redha orang2 Yahudi dan Nasrani kerhadap kamu sehingga kamu menuruti telunjuk mereka” (2:120).

BY : AMIRUL AMIN

Read more...

Khamis, 9 September 2010


ermm..semua orang suka raya
bila raya duit raya
orang besar botak kepala
kanak2 riang gembira..

Ketupat lemang sehari dianyam
dicicah rendang ayam
sambal kacang datang khas dari siam
untuk semua pelajar baru habis setengah sem..

Pak cik kasi rm30
mak cik rm10
ermm
jiran?
ayah?
bapak irsyad?..huhuhuhu
Ustzah mawaddah??

Ana nak ucapkan selamat ari raya untuk semua maaf zahier dan batin yerr..klau terasa ati mohon ampun..

raya mulut penuh
puasa mulut penuh
hari biasa pon mulut penuh bila lah nk kosong....

Read more...

iktikaf prs

Ahad, 5 September 2010

ok....releks time...
wah!! modul..cm best jer.huhu :)
senyum..(dalam hati..ala cepatlah)
korang ingat aku nk sgt pegang tangan ni..ni semua propa..kata hafiz didalam hati.ahaha
anaku...kau lah mutiara (ok zahier dah start nyanyi.)
munzir tgk jer..geram tak dapat nasi huhu
ya ALLAH penat nyerr ceramah..huhu
chak!!!
alahai..ayu tak saya duduk huhuhu :_)

walaupun saya tak pergi
tapi
nak berkongsi
kerana
saya percaya
mesti tak best
sebab saya tak ada..
:P

Read more...

SAYs

Sabtu, 4 September 2010


Assalmualaikum,

mulai hari ini...aku banyak belajar ....bahawa aku takkan percaya mana2 orang pun di dunia...tak kira lah apa status nya..pelajar ke..pensyarah ke..apa ke....kerana aku ada pengalaman dengan nya,,

Mulai hari ni...aku anggap perasaan tu nafsu bkn identiti ..aku rasA sakit bila aku ikut perasaan..macam pepatah melayu tu...ikut rasa binasa ikut hati mati...

Mulai hari ni, aku tak nak buat apa yang aku nak...aku rasa itu keburukan dan fitnah bagiku,,,,aku rasa idea ku dah tawar sama parasnya dengan hati yg dah tawar..lepas ni aku nak diam je.... bak kata pepatah...semakin berisi padi semakin tunduk ke bawah..

Mulai hari ni, aku tak nak menang..menang sakit kalah pon sakit....biar aku jadi orang yang mengalah kerana semua orang benci orang yang selalu fikir dia betul..

Mulai hari ni...aku ikut je apa yf dia cakap..siapa dia??? lepas ni orang akan panggil saya Mcm kerbau ditindik hidungya..ikut je..tau

Mulai hari ni..aku tak hiraukan perasaan dia..lantaklah apa dia nak cakap,sebar or anything else(ermm seram nk speaking)..sbb dia aku sakit...

Hari ini aku belajar apa jenis manusia rupanya di pelindung kononnya sakti....katanya lahirkan yg hebat.... :)...

oK ni je nak post...benda ni tak de kaitan dengan mati dan nazak..terima kasih

Read more...

starbuck..huhuhu

Rabu, 1 September 2010


JAKIM anouncement: STARBUCK HARAM

Starbucks HARAM,

ISO 9002 JABATAN IMEGRESAN HALI...MAH BINTI HAMZAH

PASUKAN PETUGAS PROGRAM MS ISO9002 JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA

Please note that all chocolate, vanilla and coffee drinks at Coffee Bean and Starbuck contains E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich is from animal origin (pork). Raspberry Frap uses cherries that has been dip n alcohol & the tiramisu contains RUM. Please pass this message to
our muslim friends.

Call JAKIM 03 - 8886 4000 for more information.
Thank you

INI ADALAH TANGGUNGJAWAB KITA SEBAGAI SAUDARA SESAMA MUSLIM, SAMPAIKAN KEPADA RAKAN-RAKAN YANG LAIN...
See More

Read more...

Program Batch(ihya ramadhan)

Selasa, 31 Ogos 2010



ok..ikan bakar...iuhuhuhu
masalah time...cara untuk menyelesaikan...solusi??

ermm...sayang kalian..huhuhu

tuan pengarah..abu tukang masak diiktiraf sarawak huhuhu :P
ni kamera irsyad..ahahah
semangat waja.....
malu lah...ai...tAk biasa masuk melodo ni..:p
ee....tak sedap nyerr..ahahah
haaha..kasih sayang..kikiik

Walaupun banyak bisa dari madu tapi saya ingin berkongsi :)

NiAT dihati baik,
dihentam penuh kejam,,

pilihannya hanya dua
kau gugur?
kau teruskan dengan semangat?

Landasan kau sukar,
cara mu diragui,,

tapi kalau kau gugur,,
mudah,
tapi kecewa..
seperti mengalah tanpa bertarung,,
hina
dicaci
layak jadi.....?

apa jawapan kamu??

Read more...

MAlam badar..huhuhuhu

Ahad, 29 Ogos 2010


ok....8 orang satu dulang..huuh ukhuwwah...ermm semua basuh tangan ok
kurma..aqsa syarif!!!!!!!!!
mutarbbi..:) sayang kalian..uhuh
Ketua kelas..huhuhu...
nokss
gembira!!!!! dah nk buka..huhuhu
ermm..tak berajk
ermm..kawan lama..sayang lagi kat hidayah..ingat dah lupa...:P
ok.....dah nk balik....

Read more...

Cerita dia


Kisah benar ini berlaku di Amerika. Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di Amerika. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang baik.

Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat,berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan berseorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang
dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia.

Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..

“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?)

Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.”
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..."
[Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]

Read more...

:)

Sabtu, 14 Ogos 2010


salam....baru-baru ni ada orang mengadu pada ana...

Abg zahier,kenapa ramadhan kali ni lain sangat,hati ana tak nak buat kebaikan, ana beremosi,,ana malas,ana tak fokus..ana keliru,sedih,rasa ni bukan diri ana...dulu,,,,,,ana lah org paling semangat nak khatam..skarang? hancur...yahun ni ana hadapi banyak masalah...keadaan tak macam dulu..abg-abg dulu prihatin dengan ana.mereka sayang ana tpi sekarang dorang dah tak de..ana yg kena jadi abg kepada orang lain..tpi ana tak ready,,,

Tolong,ana nak rapatkan ngan orang tu pon ana janggal...ingat dia boleh jdi peganti tapi kami tak rapat dan kekok antara satu sama lain..help me!!!!!!!! ana rasa ana bkn ana..ana sedih. ana nak diri ana sendiri.ana hidup bkn ngan diri sendiri...

ana nak jadi rajin tapi jdi sampah...makin mas=las..ana nak pandai tapi tak pandai2...apa ana nak buat? ALLAH marah dengan ana ker???sebab ana buat dosa ana taubat tapi ana buat lagi...tapi ana terpaksa...

Kenapa abg zahier?ana keliru ana rasa sangat putus asa..please...

KALAU KORANG YG KENA SINTUASI APA LANGKAH KORANG??

salam muhasabah

Read more...

Sabtu, 24 Julai 2010

zahier,wani n syaima' thats my team reserve wan luqman
DEbat oh debat.......
Hurm..memandangkan karier dalam debat dAh hampir berakhir dan tak power2 lagi...ana sediakan sedikit laporan ketika berada di HOTEL PUTRA untuk menyertai PERTANDINGAN DEBAT ANTARABANGSA PELAJAR2 MUSLEH dan bersama Pelajar dari INDONESIA dibawa pengurusan ICEE...

Kami kalah di first round

sidang 1(lawan adni)
Posisi:Pembangkang
Usul: Bola sepak hanya untuk lelaki
keputusan:Kalah
Margin:1.5
Best speaker: Sekolah ADNI

Sidang 2(lawan Sekolah arab Tahfiz(SMAT)
Posisi:Pembangkang
Usul: Pemansuhan PMR & SPM adalah wajar
Keputusan:Menang
Margin:2
Best speaker:Syaima' amatullah Hasanuddin

Sidang 3(lawan Al amin Kemaman)
Posisi:Kerajaan
Usul: OIC wajar dimansuhkan
Keputusan: kalah
Margin:1.5
Best speaker: Auni (kemaman)

Sidang 4(SMAT)
Posisi:Kerajaan
Usul: Subsidi ekonomi wajar dihapuskan
Keputusan:menang
.....

Semoga team kami dapat menawan pentas akhir UIAM tahun hadapan...ameen...thanks to wan luqman....kamu buat diriku bangga dengan team ni....:)

Read more...

Jumaat, 23 Julai 2010

ermm..siapa paling tinggi....
kat tempat parking huhuh....
tu lah.... wakil malaysia tak pernah nak pecah rekod dunia.....mereka terpaksa mengambil hussein bolt sebagai idola...
Afiq..huhuh...student tasik mcm student smih jer..huuh,,anak hidayahlah katakan
nak balik dah....
gembiralah zepah..dapat rm1500
tu..nmpk tak zepah???
eheheh..sebelum gi grand final....


thanks seme yang mengajak dan menghantar serta melayan ana di CS

Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP