Dikuasakan oleh Blogger.

kawan lah....

Jumaat, 30 Disember 2011

ahaha...hari berganti hari mencipta coretan demi coretan...


hening ubuh menusuk kalbu ijzam ditambah dengan baju nipis buatan China yang menampak an susuk tubuhnya..hanya itu ijzam mampu..seorang petani miskin yang tinggal di kawasan pendalaman kemamaman terenganu...berstatus bujang dan baik orangnya..mukanya mirip Zahier Arbi..artis terkenal Di Zranus City....dengan berbekalkan nasi putih dan kicap ijzam mengayuh basikal ke ladang sayurnya untuk melakukan kerja seharian..dengan bayaran rm10 sehari....dia bersyukur dengan apa yang ALLAH beri...''kicap2 pon kicaplah dari nasi putih tak de kicap'' ahahaha ayat yang biasa diluahkannya....''ketubugh''....''woi! butakah! bawa basikal tu pandang depanlah'' satu jeritan lantang keluar dari kereta BMW berwarna merah..menambah amarah ijzam yang luka berdarah jatuh ke tanah....marah ijzm seolah meningkat sama speeri jarum suhu di kereta

Read more...

Baru

Selasa, 27 Disember 2011

salam,

sah lama blog ni sepi..rasanya elok saya mulakan post pasal aku..
.
ye aku memang x sempurna tapi i try my best all of things i do! ahahaha..

biasalah ana mmg suka cerita pasal perasaan..

kita memang ada kawan kan? tapi setakat mana kita hargai dier? kita mencari kawan sehingga kita lupa kawan yg ada disisi..

sepanjang di SMIH,ku mencari2 siapa shaabat ku...tatkala aku mencari aku lupa bahawa orang yang rapat bersamaku telah aku abaikan :D...*padahal he loves me..ahahahaha :p

so...just nak ingatkan sahabt itu dekat jgan ngade2 nak cari2 yg jauh uhibufillah

ananfal:63

Read more...

KISAH

Ahad, 11 Disember 2011

walaupun kita akan mengalami banyak pengalaman dalam kehisupan..namun,sepanjang aku menambah pengalaman aku sering lupa akan diriku....sepanjang aku mengharungi liku2 tarbiah dan ukhuwwah serta da'wah....aku lupa perkataan ''DIRI''..

aku lupa sepanjang ni aku menyakiti,
aku lupa utk pandang diri ku,
aku dah lama dan bertahanuth,
aku lupa refleksi diri..memahami isi hati insan bumi,

sehingga hari itu tiba,
hari aku belajar tentang manusia,
manusia tidak sama walaupun pikiran hampir serupa,
aku belajar tentang menghormati insan
insan yang mengajar erti kehidupan dan membanting tulang utk aku selama ni.
aku lupakan dia! sepanjang aku mengarap pengalaman...

maafkan aku ..aku insan biasa izinkan aku menebus kesalahan ku..

Read more...

5

Sabtu, 8 Oktober 2011

ahahaa...bagus azam!kau berjaya tembak tepat pada kawan si NAIM tu....sapa ibrahim penuh gaya menghargai...kring!kring! telefon bimbit samsung galaxy dikeluarkan dari poket azhfar...tertera dato muhaimin di paparan kaca telefon bimbit.butang hijau ditekan...''azhfar terdiam..rancangan dato muhaimin ingin membunuh dato mursyid gagal tanpa harapan....malahan dato muhaimin telah ditangkap semasa ingin memnebak dato muhaimin....berita yang cukup tragis meledak darah panas seorang pemuda...celaka! amarahnya mula menyelubungi diri...''pasu bunga prcelin buatan china dicampak ke dalam sungai,das-das butiran peluru kedengaran..mungkin sabarnya sudah tiada....dalam amarah nya...azhfar lupa bintang takkan hilang kalau sala satunya gugur..rancang B dibentangkan....evelelasi 6D dikeluarkan inspektor naim..kawannya noom...anguk tanda paham...keadaan berubah kepada lebih tragis...tangan inspektor naim mula mengorak langkah,,muka mula mengeluarkan kerut..mata tidak lekang memandang panah kepada naom...isyrat ''OK'' dikeluarkan naom....inspektor naim menjerit..!serbu...shield besi dikeluarkan inspektor naim....pistolnnya mensasar tepat pada musuh....bang! das tembakan dari tepi mula kedengaran...lekokan pada dinding kelihatan...muka azzam berkerut gagal menembak dengan tepat....inspektor naik mencari ruang kaki digerakkan ke kanan mengeluarkan diri dari pusat perlindungan....kelihatan naom dijadikan tahanan...naim rasa tiada lagi harapan....seolah-olah tiada cahaya..ya ALLAH bilakan bantuan mu datang seolah-olah teringat akan ayat ALLAh tentang umat-umut dahulu yang diberikan ujian yang sangat berat dan mengatakan bilakah bantuan ALLAH akan tiba...dalam pasrahnya naim ternampak ruang..tapi apakah daya....ibrahim,haqqul sudah berada dibelankangnya...tidak mungkin berhadapan 3 orang sekali gus....ya ALLAH..jeritan naim kedengaran..tanpa sedar haqqul mengorak senyum! BINGO!...memcah risau naim....NAIM kau tunduk bawa naom!...bang,darah ibrahim terpacol....emergency call SOS dikeluarkan naim....sistem infra bercahaya tapi tidak disapa intan,,risau mengetuk pintu hatinya,azhfar tepat menepak kaki haqqul tetapi lukanya bukan penghalang segalanya..ketangkasan dan latihan yang dihadapinyadalam SWAT educaation benar-benar dikuasainya.....tumbukan tepat pada muka azhfar.....harapan sudah ada...kurang ajar! kau belot haqqul!kau jahanam...aku ingat kita kawan!....haqqul diam,,,renjatan elektrik seolak-olah mengalir pada badanya....mungkin tersentak akan azhfar yang menghargai kawan..ahahahaa...ketawa haqqul berkumandang....kau kawan?haqqul tesengih...helikopter kedengaran,pembesar suara khas swat memuhi ruang langit....;;menyerak diri'' Mejar Afnan memberi arahan agar knight boop menyerah diri.....picu ditarik azhfar...namun kepalanya sasaran picu...............................................cahaya menerang....


.............................................................

Read more...

4

Sabtu, 24 September 2011


tidak!jeritan wan mengegar wad 01 hospital selayang,dato mursyid,bibik nok, dan datin ain..tangkas bangun dari tidur maklumlah mereka bermalam di hospital untuk menjaga irham dan wan....mereka terus berlari ke arah wan...bicara alhamdulillah bermain dibibir dato mursyid seolah-olah rasa sedih dan risau hilang begitu tapi jauh dalam sudut hatinya risau akan irham yang masih terlantar....''wan sabar wan,,sabar,,,,datin ain memeluk erat anak tunggalnyer itu..bibik nok masih setia menekan buton pangillah doktor yang terletak di bawah katil wan.....''mereka jahat..!rahsia kita terbongkar intan..irham dalam bahaya! ni semua angkara kau dato muhaimin!....bicara kata mula terpacul dari mulur wan tatkala dalam separa sedar..omongan itu seolah-olah renjatan elektrik buat dato muryid dan datin ain mujur bibik nok tidak dengar kerana berada di pintu menuggu doktor....dato mursyid dan datin ain seolah-olah ada tindakan fikiran di cerebrum mereka...dato muryid melakar senyum,,datin ain mncoret risau...;;ya,!apa yang berlaku..doktor yaqin memecah ruangan berfikir mereka.....tak de apa,,wan hanya tersedar dari koma....balas dato muryid....selepas perbualan datin,bibk dan dato diarah keluar..pemeriksaan medikal dilakukan ke atas wan.....dato muryid mengeluarkan blackberry daro kocek seluarnya.....deringan hp dato muhaimin tiba-tiba kedengaran dilobi hospital.....

...................................................................................................................................................................

intan! saya dan dua orang rakan akan menyerbu,..pihak swat akan tiba 10 minit lagi..ingat! kalau apa-apa berlaku gunakan pancaran ifra kepada kami.....inspektor naim mengeluarkan arahan...dua rakannya telah maju melangkah ke hadapan..isyarat ''cover me'' dikeluarkan....inspektor naim mengangguk faham....intan menganggok tanda yakin kepada inspektor naim....mereka bertiga menyusur hutan meninggalkan intan....telefonn bimbit samsung corby dikeluarkan intan dan dipasang dengan alat senjata rahsia SWAT.swat merupakan polis rahsia yang mempunyai kelengkapan perang yang sangat canggih dimalaysia setaraf dengan keganggihan perang rusia......intam membuat cover edge untuk memastikan tempat yang menjadi kubu betul-betul selamat....dalam sepi..kedengaran jeritan takbir! seolah-olah suara rakan inpektor naim.....intan cemas....cahaya infra tiba-tiba tidak berfungsi...cover edge tiba-tiba mengeluarkan analisa merah,,tanda bahaya telah dikeluarkan......
tanpa disedari picu pistol betul-betul dikepalanya..harapan pudar,ajal mungkin menjemput intan..pasrah itu sahaja yang mampu...''bang'' tembakan das dilepaskan..intan rebah.....harapan makin pudar.....

Read more...

MAAF


harap maaf....saya sedang sibuk persediaan untuk SPM maaf ....

Read more...

3

Ahad, 18 September 2011

Sekarang wan dan irham kedua-dua terlantar di HOSPITAL SELAYANG...dato mursyid,datin ain dan bibik nok resah tak terperi,makan tak kenyang,mandi tak basah...tapi jauh disudut hati ada rasa syukur kerana irham telah ditemui...LAPORAN kehilangan irham di kaca televisyn dan poster serta merta berhenti tiada berita, maklumlah bukan BUALAN HANGAT di bandar metropolitan...isu gosip penyanyi menjadi bualan.....tiba2 suara dato mursyid memmecah hening malam''saya rasa wan ada simpan kalungan rahsia tentang kes pembunuhan 3 CEO syarikat terkemuka di negara kita...tapi apa? suara nadanya mula meninggi seolah2 bertubi2 persoalan menyerang nya....datin ain mula bersuara''awak jangan bersangka buruk dengan ana kita....usnuzon lah sikit...dah,,buat pening kepala awak je dato musrstyid oi..seolah2 persoalan yang hangat menjadi perbualan manja2 suami-isteri...bibik nok diam seribu bahada tidak putus2 zikir alhamdulillah di ketir bibirnya....

.............................................................................................................................................................

irham membelek-belek fail sulit persedirian milik wan....seolah-olah tidak percaya...selama ini wan sanggup berkorban untuk menyelamatkan syarikat ayahnya walaupun umur masih sejagung mentah...wan sanggup berkomplot dengan kawan rapat ayahnya yang ingin menjatuhkan ayahnya semata-mata untuk mengetahui hela tipu daya kawan ayahnya DATO MUHAIMIN yang merupakan ketua ;;KNIGHT BOOP''...tapi wan anak yang pandai wan tidak bersendirian dalam operasi ini kerjasama dengan inspektor naim dan 2 orang anak buah naim...dan kawannya....irham beristigfar kerana telah bersangka buruk terhadap wan...wan selaam ini mengelapkan nama irham sebagai anak angkat dato mursyid untuk memastikan irham tidak diculik....selama ini dimata orang luar irham bukan irham tetapi irham adalah zilal...wan telah menukar semua dokumen irham dengan bantuan kawan baiknya...intan ..ayah intan merupakan pakar dalam hal persuratan dan dokumen dan bekerja betul2 dibawah jabatan perdana menteri....semakin lama irham membaca air mata membasahi dokumen.....irham teringat akan ayat ''PERKARA YANG DIBENCIMU BOLEH MEMBAWA KEBAIKAN KEPADA KAMU TETAPI PERKARA YANG DISUKAI MU BOLEH MEMBAWA KEBURUKAN KEPADA MU'''....selama ini dia membenci wan tetapi wan lah insan yang paling menyayanginya.....irham hanyut membelai kasih wan..tanpa sedar azzam telah memcah masuk bilik wan..dan memukulnya dari belankang...
....sambung...

Read more...

2

Sabtu, 3 September 2011


ketika fail-fail wan dijatuhkan irham ''adoi,kecoh btol ah,letaklahlah fail kat almari fail...kenapalah letak sebelah pintu...bingit ah!''....tatkala irham sibuk menyelak fail2 tersebut.irham terjumpa sebuh fail berwarna biru disampul cantik dengan plastik dan tertulis''sulit dan persendirian'' serupa dengan surat yang diberikan perdana menteri kepada bibik nok untuk rumah PPRT..''ish,baik aku baca surat ni takut2 ada kesalahan yang wan ni buat...

ASTAGFIRULLAH,...apa!...dari belakang irham...''tush''! sebuah pukulan terkena dibelakang irham,gelap..
-------------------------------------------------------------------------------------------------

berita jam 5,sebuah berita terkenal di dunia zranus
SEORANG pelajar tingkatan 5 hilang tanpa jejak menyukarkan lagi unit intergiriti khas negara dalam usaha mencari beliau..pelajar tersebut.....bla,bla,

aku dah cakap dah!kau jangan culik budak ni! tengok tak pasal2 kita jadi buruan polis...puaslah kau!?azhafar mengamok..azhfar adalah pemilik markas kecurian sebuah pasukan gelap yang bernama ''KNIGHT BOOP''.... adalah sebuah pasukan yang misi dan visinya adalah memberi surat ugutan dan mengondem fail2 rahsia2 kerajaan...pasukan ini juga diburu polis kerana menyeludup dadah dan membunuh dan yang paling penting suka menganinyaya orang-orang kaya..kumpulan ini terdiri dari 4 orang azhfar,ibrahim,azzam dan haqqul...

kau diam je! macam kau tak biase? selama ni pon kau jugak yang membabi buta belasah semua ''banduan kita, selamba dibalas azzam....

ah,ah ek...aku rasa aku nak bergurau-gurau dengan budak irham ni...ada hari nak rosakkan rancangan pra percubaan kita..ahahaha....keimanan azhfar mula runtuh....

muka haqqul bertukar,seperti ada yang tak kena...rumah kembali hening maklumlah rumah yang merupakan markas pasti terletak ditengah-tengah hutan tebal medila forest di zranus.
aahahah...

ibrahim termenung,,jauh temenungnya...azzam,azhfar dan haqqul diam seolah2 membiarkan sejenak fikiranya menerawang...air mata nya mengalir seolah menbayangkan kenangan yang mengusik jiwa..suasana menjadi hening,sesak seolah-olah berjerubu...deras air mata yang berdayung di pelipis matanya....

irham yang tersedar terdengar esak2 gelombang sayu dari gegendang telinganyamendengar seseorang yang kalbunya pecah seribu....irham yang mula2 ingin meronta-ronta lemas melayan nada yang mengencam jiwa.....hening.

tiba2,ada kelibat yang melihat dari luar..hantu mungkin...berbaju putih,muka pucat lesu semacam,berdarah2...''ah!!!!!!!!!!!!!!!'' hantu!'' jeritan irham memecah hening...''hantu''...hantu? soalan mula bermain dibenak fikiran isi rumah markas ''knight boop'' itu...dada irham seolah berombak kecil....''tolong''......pintu rumah diketuk..''tuup'tup'tup,...kedengaran pistol disi peluru...irham dipaksa membuka pintu...'bang'..irham ditembak....tapi kenapa? bukan ke irham tidak bersalah? siapa yang tembak!
---------------------------------------------------------------------------------------------
sambung


Read more...

1

Ahad, 28 Ogos 2011


cerita..


Wan adalah anak dato mursyid dan datin ain,orang kaya..tinggal pon dekat baglo 10 bilik siap aric deco datang lagi,kereta mesti jenama antarabangsa...volkswegenlah,mercedeslah,bmw lah bagai,...kalau baju dan seluar jenama denim,polo,levis...bukan tu jer..seluar yang kat dalam pun wajib berjenama...hari2 bibik nok kena gosok baju,seluar .luar n dalam dier....bukan tu jer....setiap perjalanan umah dier semua dihamparkan dengan karpet merah supaya jalan tu gaya2 VIP negaralah kan...kalau buka almari dia pergh.....macam kilang pakaian....tapi tak kisah lah kaya mcam apa pon dia yang penting aku bahagia...nama aku irham aku anak kepada bibik nok,aku ni anak orang susah,semua pembelajaran aku dato mursyid yang tanggung,aku duduk dekat pondok sebelah baglo wan jer...aku dengan wan selalu pergi sekolah sama2 maklumlah aku ni hamba dier je...''oi! kau berangan apa?kau pergi bilik aku ambik kasut aku sekarang! terhenti lamunan irham...''ye lah wan,sabar kejap, aku pergi ambil...kau nak yang warna ape?....''mcam biasalah''....jawap wan selamba....aku terus belari masuk bilik wan..tiba2 ''ketepak!''....semua fail wan bersepah..aku cepat2 aku tutup pintu.....tiba2 berdebar!....

...............................................................................................................................................

Kak nok sabarlah,insyaALLAH kita akan jumpa irham,ni ujian ALLAH,kak nok kena ingat firman ALLAH ''wahai orang beriman,adakah kamu berkata kami telah beriman sedangkan kamu tidak diuji?''...seminngu ni kak nok cutilah kak nok rehatlah..''tak pel ha datin,susahkan jer..selama ni datin dah banyak tolong kak nok''...tersedu2 kak nok menjawap..''kak nok,,,ALLAH akan permudahkan sesiapa yang memudahkan urusan hambanya';..x pel ha kak nok hari ni hari kak nok esok hari saya pulak''..tenang tutur kata datin ain.....Wan yang duduk disebelah inspektor nor farhan berubah wajar menmpak kan kasihan hatinya tatkala melihat bibik nok yang teresak-esak menangis selepas mengetahui anaknya telah diculik...wan mengeluarkan sesuatu dari bajunya dengan perlahan wan campak ke bawah seolah0olah satu dokumen...dari sisip tepi ada kelibat hitam yang terlihat kejadian itu....apabila wan memandang.hilang seperti kisah pari-pari...muka wan berunah keruh seperti ditelah peria hijau...risau menjengah hatinya,blackberry dikeluarkan dari kocek jeans levisnnya...satu panggilan dibuat!''aku silap,aku minta maaf!''..''bodoh! kau pegi buang kat ctu buat ape! rosaklah plak kite''..*tuu*...panngilan diputuskan....dato mursyid melihat kejadian itu tersentak seperti ada soalan bermain...adakah wan yang menculik?....soalan bertubi-tubi menjengah pemikirannya.,,keadaan kucar-kacir....tiba2..''beng!''beng!''.....argh!!!! jeritan wan kedengaran!.....''tidak!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!'

bersambung..............................................................

Read more...

DEBAT: IDC 2011.

Sabtu, 30 Julai 2011



(team bm semi final)

Assalamualikum semua,

Post kali ini ana nak cerita pasal pengalaman debat kat uia pada 15-20 ju
lai baru-baru ini..hehehe... ahaha kali ini ana bertindak selaku yang Amat Berhormat Perada Mentari atau pon pendebat pertama.ahaha perlu diketahui beberapa perkara mengenai perjalan debagt untuk ke final
6 pusingan awal.(kena menag sekurang2 nya 3 untuk ke double octo) pastu, double octo untuk team 9 sampai 24, 1 sampai lapan boleh goyang kaki masuk final octo terus pastu, final octo pastu, quater final, pastu semi final(kami kat sini je) pastu finallah

Hari pertama kita orang naik van sekolah tapi malangnya kena naik wish!!! sorang je banin adoi! bengang seyh...ahaha..buat cam ne naik jer....dari kena jalan kaki baik naik wish..dalam perjalanan kena seksa research..pening ow!sabar jer lah..DAENG belanja macam-macam...ahahaah..tapi tak mak.an pon bibir sakit ah..

(dari kiri wan,zahier,Ust juhanita(tengah)raihana,syaima)
INILAH pengembaraan kami 1)AHMAD ZAHIER BIN ARBI
2)NUR RAIHANA BINTI ZAKARIA
3)SYAIMA' AMATULLAH BINTI HASANUDDIN

4)WAN AHMAD LUQMAN BIN WAN IBRISAM FIKRy.


kami berjuang adlaah kerana ALLAH kami takkan berjuang selain untukNYA dan agama ISLAM kami x berjuang untuk diri kami .kami berdoa sebelum,selepas,sedang berdebat kerana kami percaya ALLAH yang mengizinkan segala-galanya...untuk capai benda kami perlu bersatu..

(coach auzan)
kata-kata couch auzan,
''sazah anis,secara individu mereka x kuat tapi as a team dorang sangat kuat...'' kata2 ni cukup menyentuh hati kami...

''lansung x disangka kami akan ke semi final...NI SEMUA KERANA ALLAH..terima kasih YA TUHANKU.
(alhamdulillah kami layak ke octo final) (kak abid-tudung hijau,syaqifah-tudung pink)
Hari pertama,
1)kami lawan dengan SM Taman Sentosa,usulnya,untuk menjadi popular youtube adlaah tempatnya..huhuh..macam2 lah benda ngarut keluar dah lah kita orang kerjaan adoi! layan jer lah...keluarlah fakta yuna,cikgu shida lah bagai..naseb baik wan luqman bagi tau..hehehe..alhamdulillah kami menag margin 3.PENDEBAT TERBAIK : SYAIMA AMATULLAH
2)lepas tu round kedua kami lawan dengan Sek. Yayasan selangor huhuhu....sekolah yang dijaga betul2 bawah kerajaan negeri selangor...usul debat DUNIA TANPA AMERIKA SYARIKAT LEBIH AMAN..huhuh..masa ni kiteorg kerjaaan lagi wan,syaima,raihana dah ketawa2 dah waktu bincang usul ni.,..tapi ana dah gabrah semacam dah an...adoi..x paham lah teamate yang terlalu bahagia ni.....sabo je lah..alhamdulillah menang margin 0 .PENDEBAT TERBAIK: RAIHANA ZAKARIA

ok,round first ngan second dah abes..kami menang dua..alhamdulillah...lepas tu baliklah ingat nak lah rehat..tup2 abg auzan ngan daeng call ade training..adoi! dengan niat yang ikhlas pon datang lah sampai pukul 1...kena training jadi MACHO.ahahaha..

HARI KEDUA,
paling penat, 4 round sekaligus.

(SDAR &SMIH)

1)huh..kami kena lawan ngan SDAR! huhuhu....masa tu pembangkang yes! ahahah usul monopoli china menguntungkan negara asia..ahahah...punyalah rak ana cakap..tapi kami kalah..ahaahah margin 1..tapi mereka kelakar lah..ada program anak angkat plak masa tu.ahahaha

2)lepas tu kami tetap berjuang...bertembung dengan SERSERI(sekolah perempuan)..ahaha,,masa tu ana diberi pelung urusetia untuk pilih usul..hhohoh..pilih usul friendster....dan dapat lah usul HARRIMAU MALAYA TIDAK KEKAL MENGAUM.ahahah kami pembangkang..kami menag margin 4 PENDEBAT TERBAIK: SYAIMA AMATULLAH..baju punya pasal..ahaahhaa..gurau jer..

3) Masa ni sumpah dah penat..kena lawan STF ....kami pernah training sama2....usul SUKAN MENGEKPLOITASI WANITA..hhuhu...kami kerajaan...buat usul comejet...*betul ke ni...ahahah..dapat plak judge yang pernah judge kita orang waktu kat musleh.ahahah...kami menang margin 4..PENDEBAT TERBAIK:RAIHANA ZAKARIA..sebuah tragedi air berlaku.Masa pertolongan ALLAH sangat2 jelas.

(ustaz daeng)

4)MASA ni dunia macam dah gelap..penat giler....coach daeng ngan auzan paksa minum livita..adoi....coach auzan cakap....''SELAGI HIDUP SELAGI ITU BERJUANG MATI-MATIAN''..dengan izin ALLAH kata2 ni cerap masuk dalam idri kami aahaha...so bermati-mati lah..berdebat dengan MRSM TAIPING dengan usul JUSTIN BIEBER WAJAR MENJADI IDOLAH REMAJA....huhu kami kerajaan dan perlu sokong usul ni..huuh..tgk muka abg auzan puas jer ngan perfomance kite org.masa ni silent round..keputusan akan diumukan besok pagi di moot court...ehehehe...alhamdulillah menang margin 4..PENDEBAT TERBAIK :SYAIMA AMTULLAH...huhuh..


HARI KETIGA..
Berita baik..alhamdulillah,kami dapat break dan dapat top 5 dari 80 buah sekolah di seluruh Malaysia,alhamdulillah..kami dapat break dan maju ke octo final tanpa melalui double octo..pagi tu sekolah belanja makanan barat lasagnia lah bagai..ahahaha....ALLAH masih bagi kami peluang..gogogog!!
(smap labu)

abes je makan, terus lawan octo final bertembung dengan SMAP LABU.Alhamdulillah dengan izin ALLAH kami menang margin 1 dengan usul RASIONALISASI SUBSIDI PUNCA KENAIKAN HARGA BARANG..ahaha...naseb baik kami pembangkang..huhuhu..

BALIK TU JER KAMI TRAINING LAGI dan makan dominos dan nasi arab...selam belanja.ahahaha

so kami dapat mara untuk ke quater final dan bertembung dengan STAR juara debat ppm 2011..pada keesokan harinya,dengan usul MALAYSIA PERLUKAN TENAGA NUKLEUR..kami kerajaan,,alhamdulilah kami menang margin 1.5...

tak disangka-sangka kami layak ke semi final dan bertembung dengan SDAR dengan usul 1MALAYSIA KITA SUDAH BERSEDIA.ahahaa kami kalah juri 5-0,margin 5.alhamdulilllah kami terima seadanya yang penting kami dapat pengalaman dan membawa nama islam..

disinilah perjuangan kami..kepada ustaz daeng,couch auzan,isteri abg auzan,kak abid,ustzah juhanita,selam dan almni yang lain thanks bantu kami....kadang kami tertanya apa yang kami ada sehingga layak berguru dengan insan yang hebat seperti kalian..thanks
(team BM bersama ustaz daeng,sazah anis dan Pn Pengetua,sazah kamaliah)

credit to my team.: goodluck korang moga maju jaya tau..kita dah jumpa ''BEAUTIFUL'' tu dan break the wall...wan,syaima,rai..thanks you ALL and alhamdulillah ALLAH satukan hati kita tu sebab kita boleh berjaya..JANGAN PENTINGKAn DIRI SENDIRI :D



(juara kategori,bahasa arab-smap labu,baju biru
juara kategori bahsa ingeris,-SEKOLAH MENENGAN ISLAM HIDAYAH,blazer hidayah
juara kategori bahasa melayu-SDAR,tie hitam)

Read more...

S.A.H.A.B.A.T

Sabtu, 25 Jun 2011

POST INI ADALAH SALINAN DARI BLOG http://sangkaluka.blogspot.com/
Tika pemuda bangkit berjuang,
Musuh dunia memperketat pertahanan,

Takut dipanah kesaktian islam,
Membara jiwa pemuda Islami.
خير جلسائكم من ذكركم الله رؤيته , وزاد في عملكم منطقه , وذكركم الاءخرة عمله

maksudnya : Sebaik-baik teman dikalangan kamu adalah kamu mengingati Allah apabila melihatnya , dan bertambahlah amalan kamu apabila dia berkata-kata dan teringat olehmu akan akhirat apabila dia beramal .

Hadis ini berjaya membuka mata aku untuk terus berfikir, setiap bait perkataan yang dilunaskan, benak pemikiran aku cuba untuk memikirkannya satu demi satu, setelah jangka masa lama pemerhatian terlaksana, aku mula sedar kehidupan ini perlu disertakan dengan ukhuwwah yang tiada tolok bandingnya.

Lihat sahajalah susunan ayat Ilahi yang cukup cantik tersusun, secara totalnya ayat ini cukup membimbing aku terus ke jalan kebenaran, yang memberitahu bahawa apa itu KEBAIKKAN? dan apa itu KEBURUKKAN?.

Ayuh kita selami satu per satu mutiara intropeksi di atas:-
1) Sahabat :- apabila ku melihatnya teringat akan ku kepada ALLAH
MasyaAllah, jika kita hitung pascaglobalisasi berapa ketul sahabat shj yang setiap masa mengingatkan kita kepada yang ESA? tepuk dada tanya iman. Kawan itu bisa dicari namun Sahabat sejati memerlukan usaha berkali ganda untuk diperolehi. Dunia melenium kini, yang kerap kali belegar di minda anak- anak muda kina tidak lain adalah, permainan video, wayang, gelak ketawa, perempuan, rempit, gangster. Adakah ini yang di katakan SAHABAT YANG MENGINGATKAN KITA KEPADA ALLAH ??? mana tuan- tuan ? Muhasabah diri, kekang jiwa, capah mata, jentik minda--- Mari kita bina peribadi muslim yang UNGGUL. Permasalah dunia kini kian meruncing tenaga mana lagi yang harus dikerah jika bukan pemuda penjinjing panji ILAHI Ad- DinulIslam ? Allah bisa mengingati setiap makhluknya pada setiap masa tapi mengapa makhluknya sukar benar mengingati serta bersyukur atas nikmat kurniaan ALLAH ? -NAUZUBILLAH-

2) Sahabat :- apabila bersamanya bertambah amalam kebaikkanmu
Sahabat bergelak ketawa mampu di cari di setiap pelusuk inci dunia, namun Sahabat yang setia membimbing, menasihati, menegur salah jarang benar ketemui. Apa kiamat dunia sudah kian hampir ? mana pergi para mujahidin yang selama ini digembar- gemburkan kononya PEMUDA HARAPAN BANGSA ? adakah pemuda yang melakukan sesuatu perkara tidak berlandaskan rasional akal dan wahyu, ini yang ingin kita harapkan bagi memerintah atau memegang tampuk pemerintahan dunia ? Sudah tiba masa kita mencapah mata melihat realiti dunia kini, pemuda tidak lagi dipandang mahsyur, berlegar shj nama pemuda - tengiang kisah pembuangan bayi, perhubungan luar kelamin---nauzubillah. Menangis tangan yang mengoncang dunia jika melihat anak yang keluar dari rahimnya berlaku sumbang. Wahai pemuda ISLAM!!! BANGKITLAH!!! tidak kau kasihani penat lelah ibu betarung nyawa semata- mata ingin membawa jasad suci serta roh ilahi kedunia fasik ini ? -SEDARLAH-

3) Sahabat :- apabila dia beramal teringat akan mu hari akhirat kelak.
Berbicara isu akhirat, muda - mudi kini telah lupus pemikirannya dek kerana budaya barat yang kian hari kian mengotori minda pemuda dunia, cukup ganas doktrin yang digunakan pihak barat bagi mengahpuskan tamadun ISLAM, wahai pemuda apa engkau tidak sedar betapa cemburunya si barat laknatullah dengan agama ALLAH yang cukup indah ini sehinggakan mereka sanggup berperang demi untuk menjatuhkan institusi ISLAM sedunia, mengapa masih lalai wahai anak- anak ummi, abi ??? pahala amalan apa akan engkau bawa wahai pemuda jika dunia kini tidak engkau perintah...amalan apa akan diperhitung bagi pihak mu ? Dunia kini mengharap kerahan tenaga mu namun apa yang kau lakukan ? berfoya- foya menjadi pilihan, lupakan fitrah kehidupan, kau langgar asasi matlamat kehidupan mu. Selagi hidup tidak berlandaskan islam sejati, iman yang untuh tidak lupa 10 musoffat tarbiyah yang sepatutnya sudah dipupuk sejak anak- anak kecil lagi ---selagi itulah pemuda akan terus -LALAI-

Resolusi, berdoalah kepada yang maha Esa agar dikembalikan generasi muttaqin serta rabbani yang akan memerintah dunia suatu hari nati, Ya Allah kau kembalikanlah institusi khalifah yang pada suatu masa dahulu pernah menaungi 2 per 3 dunia. Kami merindui saat kegemilangan islam. Sudah jijik kami menyoroti budaya sialan barat.
YA ALLAH KAMI HAMBA YANG MENANTI.

Read more...

H.AT.I

Khamis, 26 Mei 2011


''Didalam tubuh kamu ada segumpal darah..jika baik lah ia maka baiklah keseluruhan tubuhmu,jika buruklah ia buruklha kamu....segumpal darah itu adalah hati''

Hati ini amat penting jika seseorang tidak menyuburkan hati dengan ayat-ayat ALLAH dia aka berasa sepi dan tidak merasakan ada insan yang mencintai nya..anda pernah rasa?
jika perkara ini berlaku banyakan bertaubtat membaca alquran dan berzikir..

dibawah ini ada beberapa cara merawat permasalahan hati:-


Pertama
: Hendaklah seseorang itu duduk dan belajar dengan seseorang guru yang bijaksana, mempunyai keistimewaan dan kepandaian tentang penyakit jiwa, yang mampu mengubati penyakit hati, kemudian ikutilah nasihatnya serta selanjutnya melakukan perubahan dan kebaikan dengan kesungguhan hati, azam yang kuat dan keikhlasan.

Kedua: Seseorang itu perlu mencari seorang sahabat yang boleh dipercayai, yang suka membetulkan kesalahan. Selain itu, kawan tersebut perlunya yang pandai memeriksa dan kuat pula agamanya.

Ketiga: Seseorang itu perlu mengambil manfaat tentang wujudnya keaiban di jiwanya daripada mulut musuh-musuhnya, kerana pandangan orang yang membenci itu dapat melihat keburukan yang tidak mungkin dapat diketahui oleh orang-orang yang menyayangi.

Read more...

B.E.R.S.A.M.A

Rabu, 25 Mei 2011


selama ini kita bergerak sendiri seperti harimau mencari mangsa....
selam ini kita ego setinngi tembok besar china..
selama ni kita dihina dengan kata merobek jiwa,
selama ini kita diludah hormatnya kerana baiknya kita!
selama ini kita diam seribu kata demi tunngu siapa yang berkuasa,
selama ini kita semua hilang kuasa..

kerana apa!
kerana kita tidak pernah bersatu,
tidak pernah sebulu,
tidak pernah imbas muka kita semua,
kerana apa?
kita adalah singa2 yg katanya membawa perubahan!
kita adalah cahaya disuram gelita!
kita ada mutiara di dalam pasir bercitra,

adakah kau lupa?
kita sebenarnya adalah penawar bagi penyakit kini,
penawar merawat luka,
penawar memulih lara,
penawar menjahit cedera,
penawar menampal robek,
kita adalah penawar bagi hati yang mati kembali berlangkasawari...

sekarang masanya..ayuh!
beri hati kalian pada aku!
beri jiwa kalian pada ALLAH!
buka diri kalian untuk aku menyebati diri,
buka minda kamu untuk toleransi,
buka kesemua tentang diri mu agar dunia saksikanhya.

Read more...

G.A.M.B.A

Jumaat, 18 Mac 2011


salam semua...

diharapkan anda semua terhibur dengan kata2 beta..

DUNIA!.. selama ini kita diam seribu bahasa!. bila masa kita mahu bangkit mengalahkan mereka?! kita asik tunduk kepada arahan jari mereka, bila masa kita berehat? bila masa kita mendapat kebebasan? bukankah bebas itu perjuagan remaja? mengapa kalian diam seribu bahasa..

Hari ni penentu untuk kita.
adakah kamu masih ingin diam?
atau sudah bergerak mengorak langkah..

remaja,, gengamlah tangan mu..sahutlah huluran tangan ku. kita bina hubugan bersama..agar dapat memerangi mereka! kita bukan boneka kayu diukir dan dipahat! kita adalah singa bangsa jiwa mengelodak dahaga kebenaran,

kita adalah burung kasawari yang ingin bebas berlari,
kita adalah harapan bangsa kita juga tiang negara!
bangkitlah remaja,.

tunjuk lambang kita ,
tunjuk kemegahan kita

tunjuk semangat kita
agar mereka gentar seribu bahasa.. mari remaja,... bangkit

ALLAHUAKBAR.!!!!!!!!!!!!!!

Read more...

M,A,D,A,H


gesekan biola membuai hati mu,
memahat senyum diluka berdarah,
apa salahnya meminta serumpun cerita dari kisah berpinta laranya.,

kisah bermula bukan seperti gula gempita,
cerita diorak penuh sengketa,
apakah daya hanya golongan biasa,
bukan diraja mahu pun panglima,

sedih tersepi disudut sengketa,
tidak diharau lagi rakyat jelata,
di anggap sampah durja durjana,
hanya kerana fitnah sengketa,

belayar dari samudera ke samudera,
menahan sebak dari tercinta,
dibuang keturunan.dibuang darah yang merah,
tiada kandung tida pula angkatnya.

beranak penak di semenangjung tak terkira luasnya,
petualang langit dan bumi sembah teruja,
bukan mitos dongeng semata;mata,
tapi benar kabar dari negeri china,

tunjung peluang membuka kota,
diserang musuh gempa gempita,
taruhan nyawa piala nusantara,
hanya untuk segantang maruah,

gengam arang biar sampai menjadi bara,
itu pepatah pasca bahasa,
untuk keturunan arus dunia,
agar melayu tidak hilang di dunia
sumpah hang tuah tidak pernah berbicara,

tuntung kata,aku hadiahi,
untuk kawan tercinta berlantara bumi,
kisah kita berhenti disini,
untuk hayati alam berduri.

cahaya mentari masih berdiri,
menerangi pagi raja petiwi,
agar daulat di tanah yang suci,
jauh abdi lagikan gentari,
biar putih tulang jangan putih mata
untuk sekalian suku kaum kencari...

Read more...

K.E.I.N.G.I.N.A.N

Isnin, 14 Mac 2011


Salam semua,

beta berkenan untuk menceritakan kepada anda semua ...apa yang beta inginkan..heheheh...stoyry morry lah plak..:)

keinginan ini boleh digelar sebagai kehendak...sesiapa yang belajar ekonomi..mereka akan ketahui bahawa kehendak diboleh dipenuhi dan akan berlaku kos lepas..bahahaha...

1) saya teringin menjadi orang yang pandai bermain bola keranjang dan terpilih mewakili negara
2) saya teringin belajar renang..tapi saya tahu kos nya akan mahal..
3) saya ingin ada kawan yang faham akan saya dan mengenal pasti perasaan saya tanpa diberitahu.
4) saya nak jadi pendakwah yang hebat...
5) cukup lah...saya bukan perempuan nak kongsi banyak2..

post ini sekadar melengkapi hasrat bukan realiti semata2..:)

Read more...

H.O.R.M.A.T


Salam semua,

hormat,apa yang anda tau tentang perkataan diatas?

hormat dari segi kontekstual beta adalah sesuatu perasaan yang hadir pada seseorang untuk menyanjung dan patuh dengan arahan seseorang.....dan perasaan ini hadir dari hari bukan kekerasan.

anda rasa ingin dihormati?
rasa disanjung?
apabila disuruh semua orang akan lakukan...

dulu saya pon ingin perasaan ini..tapi lama-kelamaan rasa tu hilang
saya merasakan hormat ini datang dari hati...walaupun saya memarahi budak supaya dia takut dan hormat saya tapi saya rasa budak tersebut tidak menghormati saya...anda rasa begitu? tapi saya tak pernah lah marah budak...ni persoalan yang saya timbulkan...

bagi saya hormat itu tidak penting kerana saya tidak layak memilikinya...
sebab saya ni bukan contoh yang baik,...
saya hormat orang tapi orang tak pernah memikiran saya...:'(
buat apa hormat tapi kutuk kat belakang.

apabila saya hormat..saya takkan tidak menghormatinya selama-lamanya,..
kerana hormat yang tertanam dalam hati saya adalah hormat dan di dalamnya ada unsur kasih sayang..menolak kepaksaan dan kekerasan,,,hormat yang saya dapat adalah tarbiah yang tersusun rapi dan penuh kefahaman dan kerelaan tapi sayangnya saya berada di sekolah yang segala-galanya menyekat idea, penuh kekerasan dan paksaan....mereka tidak pernah faham saya...

saya tidak kisah jika anda tidak menghormati saya..kerana saya paham kenapa anda lakukan itu...:'(..biarkan saya begini...insan yg lemah dan x berguna....

Read more...

P.E.N.I.NG.

Sabtu, 12 Mac 2011


salam buat semua...

pening kepala kalau kita sibuk dengan banyak pekara..tapi apa gunanya kita dah buat banyak kerja lepas tu merungut..buang masa je kan? so ari ni beta nak berkongsi macam mana nak urus masa bagi golongan yang banyak jawatan...

1) anda perlu menyenaraikan kesemua jawatan anda di atas kertas..
a) prs ( ketua prs)
b) pengawas ( hicom musollah)

2) tuliskan kewajiban anda sebagai pelajar..contohnya buat kerja rumah,ulang kaji dan sebagainya di kertas yang lain ( jangan satukan dengan kertas untuk jawatan)


3)letakkan masa yang anda ada sehari dan tolak dengan masa makan,mandi,tidur,solat.
contoh:
24 jam sehari -1 jam solat(5 waktu)-1 jam( 3 kali makan)-1 jam ( mandi)- 6 jam (tidur) jangan lebih2 sangat tido....
masa yang tinggal: 15 jam

4) jangan pikir masa yang ada tak cukup..cuba tengok bape banyak masa anda kosong.

5) letakkan matlamat anda dalam setiap mata pelajaran dan matlamat dalam jawatan yang anda pegang....pastikan letakkan sebab kenapa kita letakkan matlamat tersebut

a) ingin A dalam matematik kerana saya tak pernah lulus
b) pengawas- ingin memastikan pengawas dipandang tinngi dan berdisiplin sera dihormati pelajar dan mampu menjayakan kempen sifar masalah disiplin kerana saya rasakan saya bertangungjawap dalam hal disiplin disekolah.

6) susun ikut keutamaan

7)tuliskan persoalan yang timbul setelah anda melihat matlamat anda..

a) macam mana nak focus kalau ada mesyuarat malam?
b) macam mana nak jalankan kempen sifar masalah disiplin kalau sibuk dengan exam?

-ermmm..takkan lah mesyuarat sampai 5 jam kan....selalunya mesyuarat paling lama adalaah 3 jam bagi pelajar. so kalau mesyuarat start lepas isya' dalam 9.00 malam so akan berakhir pukul sebelas..so ambek masa 11pm sampai 12 malam untuk buat kerja rumah.

-adakah anda seorang sahaja yang menjalankan kempen ini? berbincang lah di kalangan pengawas agar dapat membantu anda ketika anda menduduki kertas peperiksaan yang berat sepeti addmath,fizik,kimia dan apa yang anda rasa berat. bagilah tangungjawap tersebut kepada pelajar yang menduduki kertas peperiksaan yang ringgan seperi bahasa melayu,bahasa arab dan yang drop addmath.

8) setelah menjawap persoalan tersebut letakkan masa untuk yang diperlukan dalam menjayakan matlamat sebagai seorang pelajar dan pemimpin

contohnya:
a)ulangkaji pelajaran perlu 1jam 30 minit dan perlu lebihkan pada subjek sains.
b) mesyurat pengawas memerlukan masa 3 jam
buat rumus:
15 jam( hasil tolak dari potongan masa wajib sebagai manusia) -1 jam 30 minit-3 jam
masa yang tinngal: 10 jam 30 minit

9) tolakkan dengan perkara yang ingin anda lakukan
(-) main bola
(-)tolong ibubapa atau guru
(-) berkongsi masalah
(-) dan sebagainya...

so masih rasa tak da masa??? sowi saya hanya ajar cara saya sahaja..maaf kalau tidak sesuai

Read more...

c.e.r.i.t.a


salam buat semua..

hari ini suka untuk beta menceritakan kepada anda semua tentang kelebihan.

kelebihan dalam erti kontekstual adalah sesuatu yang ada pada seseorang dan tidak ada pada orang lain yang menjadikan seseorang itu dipandang.

pernah anda menyenaraikan kelebihan anda?
kelemahan anda?
atau masih belum menjumpainya?

aku pernah menyenaraikan kelebihan diri aku tapi bila aku tengok balik,,kelebihan aku x boleh nak dibanggakan..atau sememangnya aku x de kelebihan..

bila aku rasa kelebihan aku berdebat ada je orang cakap aku sampah dan aku kalau cakap kat depan x dellah hebat just macam orang biasa je...

kalau nak kata aku ni pemipin yang hebat..lagi lah sampah sampai ada junior malahan kawan baik aku sendiri cakap ''macam mna lah ko ni boleh jadi pemimpin...aahahah..tu lah kadang2 pon aku terfikir..

aku rasa aku ni bolehlah dalam bahasa melau tapi bila buat karangan ustazah kutuk2 aku got dan ada orang tu lagi terer dari aku..

dalam sukan..ish2 lagi lah mcm x de bakat lansung...

jadinya aku sedih dengan diri aku sendiri..sememangnya aku ni memang x de bakat kan? :'( aku jeles bila tengok kawan2 aku yang bakat nyer lebih terselah

irsyad dier boleh kawan ngan semua orang malahan orang lebih tertarik nak rapat ngan dier..tengok lah baru sekejap je dok asrama dier mampu mengelak kan ramai orang..aku? aahahah dah sebulan pon x boleh2 lagi..

izat..ermm dier lagi lah..ayat2 gaya2 dier semua bes2...malahan ayat2 dier ramai yang suka guna.bila dier bercerita wah! sangat menarik..aku?

mursyid..tengoklah dier wah mmg bagus dalam memimpin malahan ramai giler budak nakal tabek dier sebagai pemimpin..aku?

Read more...

Putera Zranus

Isnin, 17 Januari 2011


Hari semakin hari aku mengenal erti kehidupan
Hari demi hari mengenal ramai insan
Hari demi hari aku belajar erti persahabatan
Hari demi hari aku lukakan banyak perasaan

Kenapa aku? apa sebenarnya erti sahabat? apa sebenarnya janji seorang sahabat?
Kerana janji dia sanggup menjatuhkan maruah
tak pikir lansung tentang perasaan dia..apa yg difikir janji aku dengan seorang sahabat
sanggup setiap bulan meminta-minta kerana janji seorang sahabat..

Ya ALLAH,...
kenapa aku begini..kenapa kau hidupkan aku? biarkan aku terus tertido di alam ku..
kenapa baru sekarang? apa rencana mu YA ALLAH..aku sakit,maku,penakut,aku lemah,aku tak guna!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Selama ini aku berdoa kepadamu agar aku jumpa seorang sahabat dan ada orang menyayangiku..sampai sekarang aku rasa ada sahabat atau pon kasih sayang..

tapi diluar sedarku kau hantarkan ramai orang yang sayang padaku..kenapa baru ku tahu hari ini?

Sayangnya ibarat menatang minyak yang penuh
sayangnya ibarat cahaya dikelam
sayangnya ibarat permata dibongkah timah
sayangnya ibarat kami takkan terpisah selama-lamanya

salam hina untuk ku

Read more...

Ahad, 2 Januari 2011

mendong je arini...just nak ckp selamat tahun baru..dan mohon maaf dipinta kalau ada buat salah tau..untuk semua yg mengenali diri ini..saya minta maaf sgt2..klau ade silap dan salah..

Andai kita x bersua lagi mohon halalkan makan dan minum..

Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP