Dikuasakan oleh Blogger.

S.A.H.A.B.A.T

Sabtu, 25 Jun 2011

POST INI ADALAH SALINAN DARI BLOG http://sangkaluka.blogspot.com/
Tika pemuda bangkit berjuang,
Musuh dunia memperketat pertahanan,

Takut dipanah kesaktian islam,
Membara jiwa pemuda Islami.
خير جلسائكم من ذكركم الله رؤيته , وزاد في عملكم منطقه , وذكركم الاءخرة عمله

maksudnya : Sebaik-baik teman dikalangan kamu adalah kamu mengingati Allah apabila melihatnya , dan bertambahlah amalan kamu apabila dia berkata-kata dan teringat olehmu akan akhirat apabila dia beramal .

Hadis ini berjaya membuka mata aku untuk terus berfikir, setiap bait perkataan yang dilunaskan, benak pemikiran aku cuba untuk memikirkannya satu demi satu, setelah jangka masa lama pemerhatian terlaksana, aku mula sedar kehidupan ini perlu disertakan dengan ukhuwwah yang tiada tolok bandingnya.

Lihat sahajalah susunan ayat Ilahi yang cukup cantik tersusun, secara totalnya ayat ini cukup membimbing aku terus ke jalan kebenaran, yang memberitahu bahawa apa itu KEBAIKKAN? dan apa itu KEBURUKKAN?.

Ayuh kita selami satu per satu mutiara intropeksi di atas:-
1) Sahabat :- apabila ku melihatnya teringat akan ku kepada ALLAH
MasyaAllah, jika kita hitung pascaglobalisasi berapa ketul sahabat shj yang setiap masa mengingatkan kita kepada yang ESA? tepuk dada tanya iman. Kawan itu bisa dicari namun Sahabat sejati memerlukan usaha berkali ganda untuk diperolehi. Dunia melenium kini, yang kerap kali belegar di minda anak- anak muda kina tidak lain adalah, permainan video, wayang, gelak ketawa, perempuan, rempit, gangster. Adakah ini yang di katakan SAHABAT YANG MENGINGATKAN KITA KEPADA ALLAH ??? mana tuan- tuan ? Muhasabah diri, kekang jiwa, capah mata, jentik minda--- Mari kita bina peribadi muslim yang UNGGUL. Permasalah dunia kini kian meruncing tenaga mana lagi yang harus dikerah jika bukan pemuda penjinjing panji ILAHI Ad- DinulIslam ? Allah bisa mengingati setiap makhluknya pada setiap masa tapi mengapa makhluknya sukar benar mengingati serta bersyukur atas nikmat kurniaan ALLAH ? -NAUZUBILLAH-

2) Sahabat :- apabila bersamanya bertambah amalam kebaikkanmu
Sahabat bergelak ketawa mampu di cari di setiap pelusuk inci dunia, namun Sahabat yang setia membimbing, menasihati, menegur salah jarang benar ketemui. Apa kiamat dunia sudah kian hampir ? mana pergi para mujahidin yang selama ini digembar- gemburkan kononya PEMUDA HARAPAN BANGSA ? adakah pemuda yang melakukan sesuatu perkara tidak berlandaskan rasional akal dan wahyu, ini yang ingin kita harapkan bagi memerintah atau memegang tampuk pemerintahan dunia ? Sudah tiba masa kita mencapah mata melihat realiti dunia kini, pemuda tidak lagi dipandang mahsyur, berlegar shj nama pemuda - tengiang kisah pembuangan bayi, perhubungan luar kelamin---nauzubillah. Menangis tangan yang mengoncang dunia jika melihat anak yang keluar dari rahimnya berlaku sumbang. Wahai pemuda ISLAM!!! BANGKITLAH!!! tidak kau kasihani penat lelah ibu betarung nyawa semata- mata ingin membawa jasad suci serta roh ilahi kedunia fasik ini ? -SEDARLAH-

3) Sahabat :- apabila dia beramal teringat akan mu hari akhirat kelak.
Berbicara isu akhirat, muda - mudi kini telah lupus pemikirannya dek kerana budaya barat yang kian hari kian mengotori minda pemuda dunia, cukup ganas doktrin yang digunakan pihak barat bagi mengahpuskan tamadun ISLAM, wahai pemuda apa engkau tidak sedar betapa cemburunya si barat laknatullah dengan agama ALLAH yang cukup indah ini sehinggakan mereka sanggup berperang demi untuk menjatuhkan institusi ISLAM sedunia, mengapa masih lalai wahai anak- anak ummi, abi ??? pahala amalan apa akan engkau bawa wahai pemuda jika dunia kini tidak engkau perintah...amalan apa akan diperhitung bagi pihak mu ? Dunia kini mengharap kerahan tenaga mu namun apa yang kau lakukan ? berfoya- foya menjadi pilihan, lupakan fitrah kehidupan, kau langgar asasi matlamat kehidupan mu. Selagi hidup tidak berlandaskan islam sejati, iman yang untuh tidak lupa 10 musoffat tarbiyah yang sepatutnya sudah dipupuk sejak anak- anak kecil lagi ---selagi itulah pemuda akan terus -LALAI-

Resolusi, berdoalah kepada yang maha Esa agar dikembalikan generasi muttaqin serta rabbani yang akan memerintah dunia suatu hari nati, Ya Allah kau kembalikanlah institusi khalifah yang pada suatu masa dahulu pernah menaungi 2 per 3 dunia. Kami merindui saat kegemilangan islam. Sudah jijik kami menyoroti budaya sialan barat.
YA ALLAH KAMI HAMBA YANG MENANTI.

0 dah mai dah komen:

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP