Dikuasakan oleh Blogger.

Ya,kerana aku ikhwah kedua

Sabtu, 10 Mei 2014

Pagi jumaat ni, alhamdulillah selesai urusan aku dengan diri dan lecturer. Jadinya tergerak pulak hati nak post pasal sesuatu yang sering aku jadikan motivasi diri

Masa aku bertatih dalam dunia Dakwah dan Tarbiyah ini, aku sering mendengar
'' Ikhwah ni adalah orang paling cemerlang''
''ikhwah ni, mesti berkepimpinan tengok lah A tu''
''Ikwah ni pergh mesti basah ni kalau sekali cakap'
"ikhwah ni mesti bond dengan ukuwwah yg pergh maha rapat!'

Tapi mungkin aku bukan golongan IKHWAH satu itu, aku bukan dari golongan Bilmalakah itu,
aku bukan dilahirkan gifted seperti ikhwah pertama itu! Bila mereka belajar A pasti ditangannya, bila memipin nampak karismanya, bila bercakap nampak ilmunya , Kenal ke Sultan Muhammad Al Fateh?

Sultan Fateh umur baru 20 an sudah menakluk kerajaan paling ampuh tatkala itu, Konstatinopel kot! Benteng ampuh bagai akar, senjata lencur bagai hujan. tapi kalah dengan budak 20 an? huhu.. hebat bukan kuasa Allah? Sultan Fateh ni ikhwah 1 bagi aku!

Ada lgi? ada ikhwah pertama ini menang anugerah itu dan ini, orang nampak pimpinannya dan orang tak nafikan pimpinan dia,, 'owh dia ke no wonder lah karisma kot A tu'' .. bagi aku ini juga IKHWAH pertama

Akademik jgn cakap lah!! A punya! kalau x 4 flat x sah..huhu


Tapi kenapa aku IKHWAH kedua? ya aku x malu aku katakan ikhwah dua kerana perkataan ini mengubah untuk jadi lebih baik..boleh kan?

Ikhwah kedua aku ini insan biasa yang perlu dilatih dan dilatih aku teringat program bersama Us Hassan di mana ustaz ada kata, '" Ada jenis orang yang dia perlu dilatih dan dilatih untuk menjadi pemimpin dan pintar'' aku ikhwah kedua itu

aku mungkin tidak pandai seperti kalian, cukuplah 3 pointer untuk aku atau takat lulus, bukan aku tidak belajar bukan aku tidak menghafal..kerana itu ukuran rezeki untuk aku kenapa kalian perlu pertikai.. aku tetap bersyukur tapi perlu ke aku kekal bergitu? aku kan ikhwah kedua aku mesti bekerja keras lgi..bukan aku x mampu tapi!! aku kena usaha dan usaha!

Maafkan kerana aku ikhwah kedua, aku bukan seperti ikhwah pertama yang boleh bergurau terlalu kasar seolah2 macam tiada hati pula aku rasa, main lepas je..bila engine dah panas aku pon x nak ambil port sebab ikhwah pertama mungkin boleh buat tapi aku x mampu, jiwa ku sensitif, aku kadang2 susah nak masuk dengan orang x semua aku mampu layan..dan aku tahu kalian pon begitu juga dengan aku.malahan aku takut dengan kalian sampai ada kata ''ikhwah x leh merajuk,x leh sensitif'' kalau macam tu aku x nak pon menjadi ikhwah! kerana aku tgk Rasulullah sangat menjaga jiwanya,sahabat sensitif juga kadang2 ,sebab itu banyak yg mengadu pada Rasul betul tidak?


Maaf, jiwa kalian mungkin berbeza, hari percuma kalian bersama keluarga, suka lagi duduk dirumah atau bermain futsal bersama teman, namun! aku tidak.. aku lebih suka membaca2 dibawa pohon, atau bersiar di pasar malam, tapi ikhwah satu kalian minat ke pasar malam setiap minggu pasti tidak  kan?? itu lah aku ,hiburan ku ditempat yang ramai dan sesak tapi kalian lebih gemar laut2 ditiup angin..err maaf aku tidak suka itu... laut buat aku lgi sesak! tapi untuk kalian aku kena usaha dan usahah untuk kalian tapi sejauh mne kalian usaha untuk ikhwah kedua? ikhwah kedua mesti main futsal mesti itu dan ini ada sekali sekala kalian buat seperti aku buat? Tak pe lumrah ikhwah kedua usaha2 dan usaha

Ikwah kedua ini jarang harapkan kalian,cuba sebaik mungkin x menadah sahaja,tidak faham aku bertanya,,x mampu aku cerita,, terima kasih ikhwah pertama,, tapi kalian mendengar ke?


Aku pelik dengan ikhwah yang x pernah faham perasaan orang,hina orang depan org ramai..atau kau sudah hilang sensitif?  yang lembut kau caci pondan dan sebagainya, yang lambat kau kata mandul. yang selekeh kau kata buruk dan kotor,, ada tu yang gemok kau ulangnya Babi....tapi x pe lah kalian mungkin boleh terima tapi bukan aku :) . Bekerja untuk ALLAH jika fikirkan manusia pasti ku x mampu bergerak 


0 dah mai dah komen:

Catat Ulasan

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP