Dikuasakan oleh Blogger.

P.E.N.I.NG.

Sabtu, 12 Mac 2011


salam buat semua...

pening kepala kalau kita sibuk dengan banyak pekara..tapi apa gunanya kita dah buat banyak kerja lepas tu merungut..buang masa je kan? so ari ni beta nak berkongsi macam mana nak urus masa bagi golongan yang banyak jawatan...

1) anda perlu menyenaraikan kesemua jawatan anda di atas kertas..
a) prs ( ketua prs)
b) pengawas ( hicom musollah)

2) tuliskan kewajiban anda sebagai pelajar..contohnya buat kerja rumah,ulang kaji dan sebagainya di kertas yang lain ( jangan satukan dengan kertas untuk jawatan)


3)letakkan masa yang anda ada sehari dan tolak dengan masa makan,mandi,tidur,solat.
contoh:
24 jam sehari -1 jam solat(5 waktu)-1 jam( 3 kali makan)-1 jam ( mandi)- 6 jam (tidur) jangan lebih2 sangat tido....
masa yang tinggal: 15 jam

4) jangan pikir masa yang ada tak cukup..cuba tengok bape banyak masa anda kosong.

5) letakkan matlamat anda dalam setiap mata pelajaran dan matlamat dalam jawatan yang anda pegang....pastikan letakkan sebab kenapa kita letakkan matlamat tersebut

a) ingin A dalam matematik kerana saya tak pernah lulus
b) pengawas- ingin memastikan pengawas dipandang tinngi dan berdisiplin sera dihormati pelajar dan mampu menjayakan kempen sifar masalah disiplin kerana saya rasakan saya bertangungjawap dalam hal disiplin disekolah.

6) susun ikut keutamaan

7)tuliskan persoalan yang timbul setelah anda melihat matlamat anda..

a) macam mana nak focus kalau ada mesyuarat malam?
b) macam mana nak jalankan kempen sifar masalah disiplin kalau sibuk dengan exam?

-ermmm..takkan lah mesyuarat sampai 5 jam kan....selalunya mesyuarat paling lama adalaah 3 jam bagi pelajar. so kalau mesyuarat start lepas isya' dalam 9.00 malam so akan berakhir pukul sebelas..so ambek masa 11pm sampai 12 malam untuk buat kerja rumah.

-adakah anda seorang sahaja yang menjalankan kempen ini? berbincang lah di kalangan pengawas agar dapat membantu anda ketika anda menduduki kertas peperiksaan yang berat sepeti addmath,fizik,kimia dan apa yang anda rasa berat. bagilah tangungjawap tersebut kepada pelajar yang menduduki kertas peperiksaan yang ringgan seperi bahasa melayu,bahasa arab dan yang drop addmath.

8) setelah menjawap persoalan tersebut letakkan masa untuk yang diperlukan dalam menjayakan matlamat sebagai seorang pelajar dan pemimpin

contohnya:
a)ulangkaji pelajaran perlu 1jam 30 minit dan perlu lebihkan pada subjek sains.
b) mesyurat pengawas memerlukan masa 3 jam
buat rumus:
15 jam( hasil tolak dari potongan masa wajib sebagai manusia) -1 jam 30 minit-3 jam
masa yang tinngal: 10 jam 30 minit

9) tolakkan dengan perkara yang ingin anda lakukan
(-) main bola
(-)tolong ibubapa atau guru
(-) berkongsi masalah
(-) dan sebagainya...

so masih rasa tak da masa??? sowi saya hanya ajar cara saya sahaja..maaf kalau tidak sesuai

Read more...

c.e.r.i.t.a


salam buat semua..

hari ini suka untuk beta menceritakan kepada anda semua tentang kelebihan.

kelebihan dalam erti kontekstual adalah sesuatu yang ada pada seseorang dan tidak ada pada orang lain yang menjadikan seseorang itu dipandang.

pernah anda menyenaraikan kelebihan anda?
kelemahan anda?
atau masih belum menjumpainya?

aku pernah menyenaraikan kelebihan diri aku tapi bila aku tengok balik,,kelebihan aku x boleh nak dibanggakan..atau sememangnya aku x de kelebihan..

bila aku rasa kelebihan aku berdebat ada je orang cakap aku sampah dan aku kalau cakap kat depan x dellah hebat just macam orang biasa je...

kalau nak kata aku ni pemipin yang hebat..lagi lah sampah sampai ada junior malahan kawan baik aku sendiri cakap ''macam mna lah ko ni boleh jadi pemimpin...aahahah..tu lah kadang2 pon aku terfikir..

aku rasa aku ni bolehlah dalam bahasa melau tapi bila buat karangan ustazah kutuk2 aku got dan ada orang tu lagi terer dari aku..

dalam sukan..ish2 lagi lah mcm x de bakat lansung...

jadinya aku sedih dengan diri aku sendiri..sememangnya aku ni memang x de bakat kan? :'( aku jeles bila tengok kawan2 aku yang bakat nyer lebih terselah

irsyad dier boleh kawan ngan semua orang malahan orang lebih tertarik nak rapat ngan dier..tengok lah baru sekejap je dok asrama dier mampu mengelak kan ramai orang..aku? aahahah dah sebulan pon x boleh2 lagi..

izat..ermm dier lagi lah..ayat2 gaya2 dier semua bes2...malahan ayat2 dier ramai yang suka guna.bila dier bercerita wah! sangat menarik..aku?

mursyid..tengoklah dier wah mmg bagus dalam memimpin malahan ramai giler budak nakal tabek dier sebagai pemimpin..aku?

Read more...

Putera Zranus

Isnin, 17 Januari 2011


Hari semakin hari aku mengenal erti kehidupan
Hari demi hari mengenal ramai insan
Hari demi hari aku belajar erti persahabatan
Hari demi hari aku lukakan banyak perasaan

Kenapa aku? apa sebenarnya erti sahabat? apa sebenarnya janji seorang sahabat?
Kerana janji dia sanggup menjatuhkan maruah
tak pikir lansung tentang perasaan dia..apa yg difikir janji aku dengan seorang sahabat
sanggup setiap bulan meminta-minta kerana janji seorang sahabat..

Ya ALLAH,...
kenapa aku begini..kenapa kau hidupkan aku? biarkan aku terus tertido di alam ku..
kenapa baru sekarang? apa rencana mu YA ALLAH..aku sakit,maku,penakut,aku lemah,aku tak guna!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Selama ini aku berdoa kepadamu agar aku jumpa seorang sahabat dan ada orang menyayangiku..sampai sekarang aku rasa ada sahabat atau pon kasih sayang..

tapi diluar sedarku kau hantarkan ramai orang yang sayang padaku..kenapa baru ku tahu hari ini?

Sayangnya ibarat menatang minyak yang penuh
sayangnya ibarat cahaya dikelam
sayangnya ibarat permata dibongkah timah
sayangnya ibarat kami takkan terpisah selama-lamanya

salam hina untuk ku

Read more...

Ahad, 2 Januari 2011

mendong je arini...just nak ckp selamat tahun baru..dan mohon maaf dipinta kalau ada buat salah tau..untuk semua yg mengenali diri ini..saya minta maaf sgt2..klau ade silap dan salah..

Andai kita x bersua lagi mohon halalkan makan dan minum..

Read more...

:'(

Ahad, 12 Disember 2010


hohoho....selama ni aku merasakna diri ini seperti berada di awangan.kadang2 diri ini berjalan tanpa haluan..setiap langkahku..akan ada sumbangnya..bila aku dah jumpa identiti diri ini...ianya seperti lari dari pegangan...aku suka muzik tapi muzik yang aku suke semuanya orang kata''zahier!! muzik x baguslah,x elok,x manis...wasting time ok''..aku pon tundukan diri dan kadang2 aku dengar..tapi semakin lama aku tahan semakin sakit rsenyer...

Bila aku dapat kawan..mereka selalu salahkan aku sebab ''Zahier nta ni mmg x pandai pilih kawan eh...kita patut ubah dier bukan ikut dier''.aku pon tunduk akur akan kata2nya..aku takut kalau aku x ikut aku berdosa..tapi semakin lama jauh dari kawan ku..aku sakit..aku keseoragan..mana orang2 yg kata perkataan ni.?

Bila aku ade personaliti..mereka rendahkan aku..apa salah aku..aku hanya discover diri ini..dan bile aku dah dapat mereka akan kata ''zahier ni salah..nta sepatutnyer perlu ini dan ini..nta tak boleh lah cakap mcm ni..rapat cm ni...alalal~~ tapi apa yg dikatakan akan ada perbalahan'' aku diam aku tunduk aku ikut..kenapa ni?

Bila aku rase aku suke sesuatu aku akan sentiase dihalangan..adakah cahaya untuk diriku hilang dibawa kelam? aku benci kau ! pergi!...kenapa aku ambek kau? aku menyesal! aku hilang diri aku.......

Aku salah ke?aku teruk? tapi selama aku bersama aku saket x gembira.hati ku memberontak..please...aku harap..stop..aku nak lepaskan kau...sorry...aku budak teruk..sku x salahkan sesiapa...tapi salahkan diri aku....atau aku perlu pegan...biar aku saket.!! biar kan..kat dunia mana ada orang sayang aku kan....k.bye.zahier sekarang...buang senyum kau ok..
:'(

Read more...

BERINGATLAH!!!!

Selasa, 30 November 2010

Hari berganti hari.Keadaanku semakin tenat...

Tubuhku sejuk terkaku seperti mayat di atas katil di salah sebuah hospital yang aku sendiri tidak tahu.yang aku ingat aku sedang memandu kereta ayah,lalu bertembung dengan sebuah lori.Dan darahku membasahi jalan..



Tapi selepas itu aku tidak ingat apa-apa.Pandanganku kabur.Tidak dapat ku pastikan siapa orang-orang yang berada di sekelilingku.Aku terasa dada ku teramat berat sesak menghimpit dan bahagian pinggangku sudah tidak berasa apa-apa lagi.

Tiba-tiba tanganku di pegang kuat.

"Mengucap sayang,,mengucap........Asyhaduallailahaillallah.. ......." ucapan itu dibisikkan ke telingaku di sertai dengan tangisan.

Itu suara ibu.manusia yang pernah mendodoikan daku semasa kecil,manusia yang pernah menyuapkan nasi ke dalam mulutku,manusia yang pernah memberi susunya serta yang pernah merotanku kerana degil.

"Bagaimana dengan keadaannya doktor?" Aku amati suara itu.Pasti itu suara abang.

"Tenat",jawab doktor dengan ringkas.

"Itu kata doktor bang,jangan berserah kepada takdir sahaja.Kita perlu usaha".

Sudah seminggu aku terlantar di wad ini,kenapa baru sekarang abang menjengah? datang lah ke sini,aku ingin berbicara denganmu. datanglah.....



Abang!! Bukakan mataku!!

Tapi mataku.......semakin gelap.Adakah aku sudah buta? Tidak!!!!Aku tidak mahu buta.Aku masih ingin melihat dunia ini. "Sabarlah dik,banyak-banyak ingatkan Allah."Abangkah yang bersuara tu? Apa yang aku tanggung ini tidak semudah yang kau lafazkan,abang.Tolonglah adikmu ini.Tolong bukakan mataku.

"Tekanan darahnya amat rendah". sayup sayup kedengaran suara doktor.

Kedengaran juga ibu menangis teresak-esak.Ibu,kau hanya mampu menangis saja.dan bila tiba saatnya,kita akan berpisah.Tapi,ibu.....aku tidak mahu berpisah denganmu.Tolonglah ibu,selamatkan lah daku.
...

"Yassin.......".

Bacaan yassin terngiyang-ngiyang di telingaku.Aku tahu itu suara abang.Tetapi kenapa aku di perdengarkan dengan suara itu???

Apakah aku sudah menghampiri maut???????Aku takut!!!!!!!

Sedetik lagi sakaratul maut akan menjemputku! Sedetik lagi izrail datang. Sedetik lagi malaikat maut datang.

Aku di ambang sakaratul maut...... Aku semakin tegang dan semakin sendat nafas di dada.Ketika itu,aku tidak ingat apa-apa lagi.Aku tidak kenal sesiapa di sekelilingku.Tapi yang pastinya sekarang, aku berdepan dengan sakaratul maut.





"Tolong ibu,tolonglah aku, aku takut".Tapi rintihan ku tidak di pedulikan.Apa mereka semua sudah pekak? Aku di lambung resah,gelisah dan penuh kesah.

"Panas,dahaga,haus,panas........".tapi tiada siapa pun yang peduli.Nenekku datang,"Nenek............".

"Kau dahaga cu,kau lapar cu,mahu air??Ini gelas penuh air madu,kalau cucu mahu masuk syurga,minum air ini".

"Ibu......". Ibuku datang, Ibu menggoyangkan buah susunya.

" Ini ibumu.Air susu ini membesarkanmu, nak.Buangkan islam, matilah dalam agama yahudi.....".





''Ayah.......kau datang ayah......."."Matilah dalam agama yahudi anakku.matilah dalam agama nasrani Itulah agama yang membantu kau masuk ke syurga".

"Nenek....ibu.....ayah.......suara kau kah tadi??Kenapa kau berubahlaku??Atau suara syaitan yang ingin memurtadkan aku??

"Mengucap sayang,mengucap.Asyhaduallailahaillallah.......". Ucapan itu diajukan sekali lagi ke telingaku.Itu suara ibu.Tapi lidahku sudah menjadi kelu.

Manusia-manusia berjubah hitam datang."Mari ikut kami". manusia-manusia berjubah hijau datang membawa bersamanya payung hijau,katanya"Mari ikut kami".cahaya putih datang.datang hitam. Datang sinaran kuning.Cahaya merah datang ."Apa ini,apa ini?.

AKULAH SAKARATUL MAUT!!!

Jeritan yang paling menakutkan pernah aku dengar!! Allahhhhhhhhhhhhh, sakitnyaaaaa!!!

Tubuhku seakan ditarik dan gegendang telingaku pecah mengeluarkan nanah kuning pekat.

Kedinginan menjalar,merayap perlahan-lahan dari hujung kaki ke hujung rambut dan kini seluruh jasadku di selimuti sejuk.dan kemudian datanglah malaikat maut di hujung kepalaku.

"Hai jiwa yang keji,keluarlah dari kemurkaan Allah.......".Aku tersentak.Roh ku berselerak di dalam tubuhku.

Lalu,innalillahi wainnailaihi rajiuun....

Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup mata memandang dan menghemburlah bangkai yang sebusuk-busuknya.





Tiba-tiba bau busuk menusuk ke hidungku,seperti bau sampah yang amat busuk. "Apa yang busuk ni?Tak adakah orang yang mengangkat sampah ni?Ah,busuknya,hanyirnya,hancingnya......".

"Assalamualaikum......". "Siapa yang memberi salam itu?". "Aku". "Kau siapa wahai pemuda???". Seorang lelaki tercegat di hadapan katilku.

Aku tidak pernah melihat orang yang sehodoh,sekotor,dan sebusuknya di dunia ini.rambutnya yang tidak terurus,baju yang di pakai berlumut hijau,kuning,coklat dan entah apa-apa warna lagi,dari lubang hidung,telinganya dan mulutnya terdapat nanah dan darah pekat keluar.Tanpa di pedulikannya......jijik,loya,aku rasa........teramat loya melihatnya.





"Kau tak kenal aku?". "Tidak,jawabku tegas.Mana mungkin aku kenal kau sehodoh dan sejijik ini". "Aku sahabatmu,kau yang membuat aku hari-hari". "Bohong!".Aku menjerit sekuat hati.Biar semua penghuni wad ini mendengarnya. "Aku tak kenal engkau!Lebih baik kau pergi dari sini". "Akulah amalanmu yang keji..........".

Aku terdiam.Aku tidak mampu berkata apa-apa teringat kini,semuanya telah pernah ku dengar dan ku pelajari dulu.Segala dosa dan keburukan yang kita lakukan di dunia,akan di jelmakan dalam sebagai suatu makhluk yang teramat hodoh di hadapan kita di alam barzakh nanti. Oh!Tuhan,aku banyak dosa.Aku memang lalai,cuai dan lupa dengan segala nikmat yang telah kau kurniakan.Solatku kerana kawan,dan bukannya ikhlas kerana Allah.Pergaulanku bebas,tak kenal muhrim ataupun tidak.tapi itu semua telah berlalu dan dan sudah terlambat untuk bertaubat..Apa yang aku harus lakukan!!!!! Surah yassin yang abang pegang di letakkan di atas dahiku.Aku melihat kaklong dan kak ngah menangis.Aku juga lihat mata abah bengkak. Tiba-tiba badanku di sirami air.Air apa ini?????

"Tolong....sejuk!!!!Kenapa air ini berbau air kapur barus.Tolong jangan tekan perutku dengan kuat,sakit!!!!Kenapa ramai orang melihat aku???Aku malu......malu.....malu......!!!!!!".





Aku di usung ke suatu ruang.Aku lihat kain putih dibentangkan.Lalu diletakkannya aku di atas kain putih itu.kapas di bubuh di celah-celah badanku.Lalu aku di bungkus satu demi satu dengan kain itu. "Nanti,tunggu!!jangan bungkus aku.Kenapa kalian semua buat aku macam ini?Tolong rimas....panas........".

Kemudian aku di letakkan di suatu sudut.Beberapa orang termasuk tok imam menyembahyangkanku.Kelihatan ayah dan abang berada di saf yang pertama.Tapi kenapa aku di sembahyangkan?

Bukan kah aku boleh sembahyang sendiri? Aku teringat kata-kata ustazku dahulu. "Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan". Dan kini baru aku sedar aku sudah tidak mampu lagi untuk mengangkat takbir,ruku',sujud dan tahiyyat. Aku di angkat perlahan-lahan kemudian di letakkan di dalam kotak kayu.





Kotak apa ini?"Aku di usung oleh enam orang termasuk ayah dan abang.Aku diusung setapak demi setapak". "Al-Fatihah!"Kedengaran suara tok imam.Kelihatan ibu,kak long,kak ngah dan lain-lain mengekori di belakang.tapi kemana dia bawanya aku?". Nun jauh di sana ,kelihatan tanah perkuburan kampungku. "Ke situkah aku dibawanya?Tolong turunkan aku,aku takut!!!!!!". Setibanya di tanah perkuburan,kelihatan satu liang yang bersaiz dengan jasadku.Beberapa tangan memegangku,dan aku di turunkan ke dalam liang itu. "Perlahan-lahan",aku terdengar suara tok imam memberitahu."Tolong keluarkan aku dari sini!Aku seram!!!".Kini aku berada di dalam liang kedalam enam kaki.Sedikit demi sedikit pasir dan tanah menutupiku.





"Tanah apa ini?". "Aduh sakitnya badanku di timbusi tanah".

"Innalillahiwa innailaihi rajiuuun.......Dari Allah kita datang,dan kepada Allah jualah kita kembali". Kedengaran bacaan talkin dari tok imam."Sesungguhnya mati itu benar alam barzakh itu benar,siratul mustaqim itu benar,syurga dan neraka itu jua benar........".Sayup sayap aku terdengar tok imam terus membaca talkin,tetapi makin lama makin hilang.Pandanganku makin ,makin kabur dan terus tidak kelihatan.Tubuhku terasa telah di timbusi sedikit demi sedikit pasir dan tanah yang di lemparkan ke atasku.Terasa semakin gelap dan ......aku kini keseorangan.






"Nanti!Nanti!Tolong!Tolong ayah,ibu!Jangan tinggalkan aku seorang.Aku takut!!!Gelap!!!Panas!!!Tolong!!!!

Read more...

Rabu, 29 September 2010



Inilah fesyen bertudung zaman sekarang yang anda banggakan/orang sekeliling anda banggakan!!!Moga selepas anda membacanya,bakal mengukuhkan jiwa anda supaya bertudung seperti Al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w perkatakan BUKANNYA semata-mata berfokuskan kepada fesyen dan ingin menunjukkan bentuk tubuh anda kepada KHALAYAK RAMAI...Kepada sesiapa yang masih ingkar perintah ALLAH S.W.T mengenakan,mulakanlah langkah pertama anda KERANA sesungguhnya manusia pada hari ini lebih teruk berbanding apa yang berlaku pada zaman Jahiliyah dahulu...

(contoh ringkas:wanita di zaman Jahiliyah dulu,perempuan sudah tiada maruah dan menayangkan bentuk badan kepada semua LELAKI SEMATA-MATA INGIN MENARIK PERHATIAN....Benarkan,zaman Jahiliyah kembali mengungkap sejarah pada zaman KITA KETIKA INI???zaman Jahiliyah dulu anak perempuan akan ditanam hidup-hidup,TETAPI KINI tak kisah anak perempuan atau anak lelaki dibuang bertempiaran......)

Isu yang saya hendak fokuskan bukannya kepada wanita yang tidak menutup auratnya(tidak memakai tudung) kerana isu tersebut kita sudah pun tahu apakah hukuman di akhirat kelak kepada manusia yang tidak menutup aurat apatah lagi sengaja mendedahkan aurat TETAPI isu yang saya hendak kaitkan disini ialah ISU PEMAKAIAN Tudung Rahib Kristian=Tudung Di Akhir Zaman=Tudung Wanita Moden.

Sejarah pemakaian tudung ini sebenarnya bermula berkurun lamanya. Pada zaman Judeo-Kristian membuktikan pemakaian tudung yang biasanya dipakai oleh rahib wanita mereka.Cuba anda perhatikan pemakaian rahib wanita? Mereka memakai tudung tetapi tidak menutup dada, tetapi tudungnya labuh ke belakang. Oleh itu apabila kedatangan Islam,setiap wanita diperintahkan Allah S.W.T untuk melabuhkan tudung kepala mereka menutupi bahagian dada. Melalui cara ini ia dapat dibezakan antara rahib wanita dan juga Wanita Islam yang terlalu istimewa pemakaian tudung. Menurut hadis yang diriwayatkan Bukhari, Aisyah radiallahuanha menceritakan kisah ketika Surah An Nur ayat 31 diturunkan di Madinah wanita mukmin Ansar dan Muhajirin terus melaksanakan perintah ini serta-merta tanpa banyak soal dengan mencari apa sahaja kain di sekeliling mereka lalu bertudung dengannya sebagai membenarkan dan membuktikan iman kepada apa yang Allah perintahkan. Tanpa mempertikai apa-apa.

Hadis nabi :"barangsiapa yang meniru sesuatu kaum, maka ia termasuk dari kalangan mereka" – riwayat Abu Daud.

RAMAI MASIH BELUM MENGETAHUINYA, JADI SAMPAIKANLAH KEPADA MEREKA...

Agenda Kafir Laknatullah untuk menyesatkan wanita Islam..

Adakah ini suatu kebetulan?Ini sememangnya agenda Kristian yang amat KURANG AJAR untuk menjahanamkan umat Islam..

Mungkin ramai di antara kita yang tidak mengetahuinya...sebar-sebarkanlah..

selamatkan wanita Islam..Allah..Allah..Allah,Lindungilah kami..

Wahai wanita, janganlah kamu memakai tudung yang dibutang/di pin di belakang sehingga menampakkan bentuk leher di hadapan..gayanya tak ubah seperti birawati Kristian Laknatullah... Jauhilah dari memakai sebegini...agenda kafir laknatullah itu sangat halus sehingga kita tidak sedar, ketahuilah wahai manusia sekalian...

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka meghentak kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” (An-Nur:31).

Jom kita perhatikan beberapa kesalahan pemakai tudung hari ini... Suruhan ALLAH vs Ikutan Fesyen

Menampakkan bentuk leher dan sanggul yang tinggi seperti bonggol unta
Tudung dipakai semata-mata kerana mengikut peredaran zaman atau fesyen.Bukan kerana ingin menutup aurat
Tudung terlalu singkat dan tidak menutup dada sehingga menampakkan bentuk badan
Tudung singkat dan menampakkan susuk tubuh..inilah fesyen tudung yang selalu dipakai hari ini..tudung sekadar menutup kepala dan rambut..tapi bentuk tubuh yg lainnya masih jelas kelihatan..

p/s:Pada awalnya terasa berat hati hendak menceritakan hal ini memandangkan masyarakat wanita di persekitaran kita sudah pun mengamalkan cara berpakaian tudung rahib kristian.Boleh dikatakan,ramai perempuan yang memakai seperti gambar di atas.Tetapi jika tidak bongkarkan rahsia ini,kita pula akan ditanya di akhirat nanti,adakah kita sudah menjalankan tanggungjawab kita iaitu SALING INGAT-MENGINGATI???

Namun setelah berfikir panjang,terasa memang patut kita dedahkan maklumat ini secara terbuka.

Firman Allah s.w.t,“Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu yang dekat.” (Surah asy-Syu‘ara’: 214)

Sebagai saudara sesama Islam dan prihatin kepada sahabat-sahabat dan kaum hawa(takut anda bakal menerima azab yang pedih kelak), saya terdetik di hati untuk menyebarkan isu ini yang semakin hari semakin dipandang ringan dalam masyarakat hari ini.Kita sudah dikelirukan antara fesyen dan suruhan Allah s.w.t.

Anda perlu ingat,selepas anda membaca semua ini,terpulanglah kepada anda kerana anda sudah dikurniakan akal dan boleh berfikir.Saya tidak boleh memaksa anda apatah lagi menolong anda pada hari perhitungan kelak.Ingatlah,Allah s.w.t menciptakan manusia,maka sudah tentu Allah s.w.t tahu mana yang baik untuk manusia dan mana yang buruk untuk manusia.

Anda juga harus ingat serta pandang pada sudut positif,isu pemakaian tudung ini bukan saya yang suruh,TETAPI ALLAH s.w.t yang suruh..Kehadiran saya tidak lain tidak bukan hanyalah penyampai peringatan,SALAM PERINGATAN…..

Tahukah anda?setiap molekul makanan CIPTAAN barat mengandungi sistem Dajjal?Sudahkah anda lupa apa yang saya katakan dulu melalui alam maya ini mengenai sistem dajjal yang semakin hari semakin hampir mencapai tahap KESEMPURNAANNYA?

jika anda tidak tahu,masih belum terlewat untuk anda mengetahui maklumat ini.

Rajin-rajinlah MENYELONGKAR "Older post" saya yang suatu ketika dulu telah saya tuliskan dari awal...

jangan sekadar MENYELONGKAR statement yang dituliskan sahaja,TETAPI teruskan usaha anda MENYELONGKAR segala COMMENT yang tersembunyi di bawah STATEMENT tersebut...

Sudahkah anda merantau apa yang saya post sejak dari awal saya menjejakkan jari menaip di alam maya ini???Saya juga manusia lemah macam saudara-saudari sekalian juga,boleh jadi saya lebih teruk dari saudara-saudara sekalian....Tidak mustahil Allah s.w.t sengaja mengilhamkan kepada naluri saya untuk mengirimkan nasihat-nasihat dan peringatan-peringatan kepada manusia melalui kemudahan teknologi,dengan harapan ada manusia dapat memahami dan segera membuat pembetulan...

Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP